Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Penunggang Biadab Tendang...

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial tindakan biadab seorang penunggang motosikal yang...

Video: Tindakan Lelaki Arab...

RAKAMAN video seorang VIP Arab yang melakukan ibadah melontar Jamrah dari dalam kereta...

Polis Tumpas Cubaan Seludup...

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah pelbagai jenis seberat 35.2kg bernilai...

Sasar 100 Syarikat Peruncitan...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 100...

PFA Rancang Anjur Liga Bolasepak Peringkat Negeri

KANGAR – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) merancang menghidupkan semula liga bola sepak negeri pada awal tahun depan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu.

Presidennya yang baharu dilantik, Ir Shaharuddin Ismail berkata liga tersebut yang dihentikan kira-kira 30 tahun lalu bertujuan memberi peluang belia di peringkat akar umbi mempamerkan bakat mereka untuk diketengahkan.

“Liga ini dibuka kepada semua pasukan sama ada yang dinaungi atau tidak, termasuk jabatan dan agensi-agensi kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya syarat lain ialah setiap pasukan mesti diwakili sekurang-kurangnya lima pemain berusia bawah 21 tahun.

Shaharuddin yang juga Anggota Parlimen Kangar berkata beliau akan menyumbangkan piala pusingan untuk liga berkenaan.

“Ramai pemain-pemain ternama Perlis yang mewakili pasukan kebangsaan seperti Bakri Ibni, Saidin Osman, Ibrahim Saad, M. Marimuthu dan Syed Shaharuddin Syed Darus lahir melalui liga seperti ini. Liga ini saya yakin akan menarik jumlah pemain yang ramai,” katanya.


Pada masa sama beliau berharap anak Perlis yang kini mewakili pasukan luar kembali mewakili negeri itu dalam usaha meningkatkan kualiti pasukan bola sepak Perlis.

Beliau juga berkata satu perjumpaan antara barisan kepimpinan PFA dan penyokong pasukan Perlis akan diadakan di Hotel Seri Malaysia di sini esok bagi mendapatkan maklum balas mereka untuk kembali menaikkan nama Perlis di persada bola sepak tanah air. – BERNAMA

Kategori