Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Tutup Pintu Untuk...

KUALA LUMPUR – PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk...

Polis Siasat Kenyataan Abdul...

Kuala Lumpur : Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung kenyataan...

Akhbar The Star, Sin...

KUCHING - The Star dan Sin Chew, masing-masing akhbar terkemuka bahasa Inggeris dan...

Polis Thailand Giat Buru...

BANGKOK - Polis Diraja Thailand sedang menjejaki 'Raja Dadah Malaysia' selepas dua konsainan...

Pindaan Seksyen 39B Akta Budi Bicara Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memohon pindaan kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta 234 supaya hakim mempunyai kuasa budi bicara sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman selain mati mandatori bagi kesalahan pengedaran dadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan Seksyen 39B (2A) (d) Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 itu akan membenarkan mahkamah menentukan orang yang disabitkan telah membantu agensi penguatkuasaan dalam mengendalakan aktiviti pengedaran dadah di dalam atau di luar Malaysia, dan bukannya perakuan bertulis oleh pendakwa raya seperti mana yang terkandung dalam RUU asal.

Katanya ,cadangan pindaan ini digubal dengan teliti dengan mengambil kira niat utama kerajaan untuk memberikan mesej pencegahan yang serius dan meningkatkan keberkesanan operasi bagi agensi penguatkuasaan dalam membanteras masalah pengedaran dadah di negara ini.

“Cadangan pindaan ini adalah dengan mengambil kira pandangan dan cadangan pihak-pihak yang telah dikemukakan kepada kerajaan.

“Pindaan ini menunjukkan keterbukaan kerajaan khususnya Perdana Menteri yang sentiasa mendengar pandangan pelbagai pihak untuk memastikan setiap keputusan dasar dibuat secara inklusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Azalina berkata notis pemberitahuan untuk memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat berkenaan pindaan kepada RUU Dadah Berbahaya 2017 itu juga telah dihantar.

RUU ini dijangka akan melalui bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok. – BERNAMA

Kategori