Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

6 Pengerusi MPP Sokong...

KUALA LUMPUR - Seramai enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah...

20 Pelajar Mangsa Baharu...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar daerah ini...

Giliran Lelaki Ini Pula...

SELEPAS teruk Imam Muda Ammar dihentam gara-gara memuat naik status antivaksin, kini tiba...

Saman Syarikat Penerbangan, Duduk...

BRISBANE – Seorang lelaki Australia mengemukakan tuntutan saman terhadap syarikat penerbangan Etihad Airways...

PM Ke Manila Untuk Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN

DA NANG (VIETNAM) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas dari bandar raya tepi pantai, Da Nang, ke Manila selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25, yang berakhir dengan jayanya, dengan keyakinan yang semakin meningkat terhadap ekonomi dunia.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada 9 pagi (waktu Vietnam) terus ke Filipina untuk mengetahui delegasi Malaysia ke sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak yang berkaitan selama tiga hari.

Perdana Menteri dijadual tiba di Manila pada 12.30 tengah hari, waktu tempatan.

Kebanyakan pemimpin dunia yang menghadiri AELM di Da Nang juga akan berada di Manila.

Filipina menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu yang bermula Ahad, dengan isu pelarian Rohingya, pertikaian Laut China Selatan serta peningkatan radikalisasi dan ekstremisme, dijangka menjadi perhatian utama. – BERNAMA

Kategori