Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahok, Puput Berbulan Madu,...

KETIKA barisan pemimpin politik Indonesia sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Presiden (Pilpres), Basuki...

Ceramah Disekat, Ustaz Kazim...

SATU posting di laman Facebook pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang memberi...

Terima Ijazah Kehormat Doktor...

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh...

Lelaki Mati Dibunuh Di...

LUNDU – Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh di kawasan sebuah ladang kelapa sawit...

PM Lancar SCenIc, Pangkalan Data Pusat Penerima Bantuan PKS

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan sistem Insentif PKS berpusat (SCenIc), inisiatif dalam talian, yang berfungsi sebagai pangkalan data pusat penerima bantuan di bawah program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan.

Perdana Menteri berkata SCenIc yang dibangunkan SME Corp. Malaysia menjadi rujukan penting bagi mengelak pertindihan dan mengoptimakan sumber.

“Melalui inisiatif ini, saya berharap setiap kementerian dan agensi dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan kepada PKS serta memastikan pengagihan sumber secara lebih optimum,” kata Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-23, di sini, sebelum melancarkan inisiatif itu.

Mesyuarat MPPK itu dihadiri 16 menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan PKS di seluruh negara.

Sementara itu, SME Corp Malaysia melalui kenyataan yang diedarkan kepada media berkata SCenIc dilancarkan bagi membolehkan kerajaan meningkatkan ketelusan pelaporan dan penyelarasan program-program melibatkan PKS.

“Pada tahun 2015, terdapat 907,065 PKS yang merangkumi 98.5 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan dengan mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 7.3 peratus mengatasi pertumbuhan enam peratus yang disasarkan dalam Pelan Induk PKS,” demikian menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhannya, PKS menunjukkan prestasi yang lebih baik, berdasarkan output dan guna tenaga, meliputi kesemua industri pada 2015.

Dari segi pertumbuhan KDNK, pencapaian PKS terus meningkat sebanyak 5.2 peratus pada 2016 selari dengan pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 4.2 peratus.


PKS turut menyumbang sebanyak 36.6 peratus (2015 : 36.3 peratus) kepada KDNK keseluruhan pada 2016 dengan nilai RM405.5 bilion (2015 : RM385.6 bilion).

Eksport barangan dan perkhidmatan PKS pula mencatatkan RM154.6 bilion dengan pertumbuhan sebanyak 6.6 peratus pada tahun 2016.

Selain itu, sebagai inisiatif untuk menyediakan maklumat dalam talian berkenaan keusahawanan kepada PKS di Malaysia, SME Corp. Malaysia dan SME Bank menjalinkan kerjasama dengan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd untuk menerbitkan drama Mini bersiri ‘Chor dan Chah’ Musim Kedua.

Drama mini itu yang menampilkan pelakon Saharul Ridzuwan, Ummi Nazeera dan Ruhainies, merupakan drama ensiklopedia perniagaan pertama di Malaysia yang mengisahkan perjalanan seorang usahawan belia yang baru memulakan perniagaan dalam dunia penuh cabaran dan liku.

Pelbagai prosedur dan proses penting dalam perniagaan seperti pendaftaran perniagaan, penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, bantuan kewangan dan aspek keusahawanan lain diketengahkan menerusi drama ini untuk dimanfaatkan oleh para usahawan.

Drama musim pertama mula ditayangkan di saluran Youtube (Chor & Chah) pada 1 Ogos 2017 lepas. – BERNAMA

Kategori