Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sabah Tidak Pernah Dilanda...

TENOM - Sabah tidak pernah dilanda sebarang konflik berkaitan agama malah negeri ini...

Kantoi Onani, Hisap Puting...

ALAHAI.. terbeliak biji mata gamaknya melihat aksi seorang lelaki yang sempat melampiaskan nafsu...

Ujian Bulan Ramadan, Sherry...

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini benar-benar memberi ujian kepada pelakon Sherry Ibrahim apabila...

Tragis, Bayi Minum Susu...

TRAGIS apabila seorang bayi berusia 17 bulan ditemui penduduk sedang menghisap susu daripada...

PM Pengerusikan Mesyuarat Dasar Wasatiyyah Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Bangunan Parlimen.

Menurut kenyataan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), pada mesyuarat itu perdana menteri mendengar laporan pelaksanaan dasar berkenaan yang mengandungi enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia; ekonomi dan pembangunan; pentadbiran dan perundangan; perpaduan dan sosial; politik dan kenegaraan serta keselamatan dan pertahanan.

Laporan itu dibentangkan oleh Pengarah IWM, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Yusof Din merangkap setiausaha mesyuarat berkenaan.

Selain pembentangan laporan itu, anggota mesyuarat turut memberi pandangan dan mencetuskan idea-idea bagi memantapkan Dasar Wasatiyyah Negara agar dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun di semua peringkat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, ketua-ketua setiausaha kementerian dan setiausaha-setiausaha kerajaan negeri.

Sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira satu jam setengah, perdana menteri kemudian melancarkan dua buku iaitu ‘Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negaraā€™; dan ā€˜Malaysia Bukan Negara Gagalā€™.


Menurut kenyataan sama, buku ‘Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara memperhalusi satu aspek daripada fiqh kenegaraan yang mampu memberi kesan positif kepada masyarakat terutama dalam merangka strategi penyelesaian terhadap isu-isu yang menuntut perhatian masyarakat selain mengangkat tema ‘wala’ dan ‘taat’ dalam konteks yang paling asas dan positif.

Sementara, buku ā€˜Malaysia Bukan Negara Gagalā€™ pula mengupas dan menidakkan pandangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara gagal di mana tuduhan retorik politik itu menjadi frasa yang kerap diperkatakan.

“Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai realiti sebenar negara dan menangkis tohmahan dakyah kononnya Malaysia sebuah negara gagal,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori