Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Operasi myBAS Kuala Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi...

Sistem Awas & kejara...

KUALA LUMPUR - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit...

Lapangan Terbang London City...

LONDON - Lapangan Terbang London City ditutup buat sementara semalam, susulan penemuan sebutir...

Banduan Lolos: Polis Buat...

KOTA KINABALU - Polis sedang membuat siasatan menyeluruh sama ada berlaku kecuaian tiga...

PM Terima Kunjungan Arjun Atwal

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Arjun Atwal, Ketua Pasukan Asia yang akan bertanding dalam kejohanan golf, Piala EurAsia 2018, di negara ini tahun depan.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam di Menara Parlimen, di sini, kedua-duanya bertukar pendapat mengenai permainan golf yang sememangnya digemari Najib.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang merupakan Penaung Jelajah Asia (The Asian Tour).

Arjun adalah pemain golf profesional India pertama yang menjadi anggota Jelajah PGA dan kemudiannya memenangi kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat.


Piala Eurasia, kejohanan dwitahunan yang ditaja DRB-Hicom Bhd dan mula diperkenalkan pada 2014 menampilkan pemain golf terbaik dari Eropah dan Asia dan diiktiraf secara bersama oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

Piala Eurasia 2018 yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 14 Jan 2018 di Glenmarie Golf & Country Club, Selangor merupakan kejohanan edisi ketiga penganjurannya. – BERNAMA

Kategori