Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bangladesh Hantar Pelarian Rohingya...

DHAKA - Kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah...

Politeknik PD Pertama Meterai...

PORT DICKSON - Politeknik Port Dickson menjadi politeknik pertama di negara ini memeterai...

Remaja Maut Dibelasah Rakan...

SESETENGAH ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz dengan...

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran,...

SHAH ALAM - Tindakan seorang pemimpin wanita Pas yang menyebarkan dakwaan rakyat sedang...

PM Hadiri WIEF, Rundingan Malaysia-Indonesia

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini untuk menghadiri beberapa acara di bandar raya ini bermula esok dan Rabu.

Najib tiba menaiki pesawat khas pada pukul 7.10 malam.

Ketibaan Najib disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Najib yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan ucaptama dan merasmikan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) esok.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri Malam Gala WIEF di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya.

WIEF ke-13 di BCCK akan berlangsung bermula esok hingga Khamis dan antara penceramah yang akan berkongsi pengalaman mereka ialah pengasas bersama Apple Inc, Steve Wozniak.


Pada Rabu, Najib dan Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12.

Sebagai rekod, Majlis Perundingan Tahunan ke-11 diadakan di Istana Presiden di Jakarta.

Kali terakhir bandar raya Kuching menjadi lokasi Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ialah pada 2003. – BERNAMA

Kategori