Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lynas Terima Lampu Hijau...

PETALING JAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya...

Cacar Monyet: Singapura Sahkan...

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan kes tempatan kedua jangkitan cacar monyet melibatkan seorang...

Doktor Maut, 6 Cedera...

NEW YORK - Seorang doktor maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang bekas...

Pembangunan Sukan Luar Bandar...

MUAR - Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha Kementerian...

Polis Berkas Tiga Sahabat Aktif Pecah Rumah

PADANG TERAP – Tiga sahabat bersama pelbagai barangan elektrik dan kemas bernilai RM10,000 yang dipercayai hasil dari kegiatan pecah rumah sekitar Kuala Nerang dekat sini ditahan polis dalam serbuan di sekitar daerah ini pada 25 Okt lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan di rumah masing-masing di Kampung Kuala Janing, Kampung Bendang Raja dan Kampung Paya Terap di Kuala Nerang.

“Tangkapan bermula pukul 10 malam berdasarkan maklumat orang awam…dengan penahanan kesemua suspek ini, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di Kuala Nerang dan tiga kes di Kubang Pasu yang dilaporkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap hari ini.

Noh berkata siasatan polis mendapati kesemua suspek adalah penganggur dan menjual hasil yang dicuri kepada kenalan rapat untuk duit poket mereka.

“Kesemua suspek yang ditahan ini kita dapati tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing mendapati mereka juga bebas dari dadah… berikutan itu mereka direman selama 14 hari bermula 25 Okt lalu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata pihaknya turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang cuba menyeludup kira-kira 400 kilogram daun ketum bernilai RM7,200 ke negara jiran.

Katanya suspek dari Kampung Tanjung, Pedu dekat sini itu ditahan semalam pada 8.45 malam ketika memandu kereta pacuan empat roda seorang diri di kawasan Durian Burung berhampiran simpang ke loji kumbahan Kota Putra.


“Pemeriksaan lanjut pihaknya di dalam kereta suspek menemui 40 bungkusan plastik hitam.

Suspek tidak mengambil upah tetapi melakukan aktiviti itu seorang diri untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada jualan daun ketum tersebut yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di Thailand.

“Suspek kemudian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun1952 dan direman selama empat hari bermula tarikh dia ditangkap semalam untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori