Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

558 Rakyat Malaysia Selamat...

PUTRAJAYA - Seramai 558 orang rakyat Malaysia selamat tiba di Malaysia dari Chennai...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat tengah hari ini kepada 48...

Perit Jadi Ahli ‘Keluarga’...

TUBUH Shoko Tendo masih berparut kesan diseksa dan dirogol kejam rakan Yakuza, kumpulan...

Olimpik: V Shem-Wee Kiong...

RIO DE JANEIRO - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakukan...

Polis Marin Rampas 1Kg Heroin Bernilai RM16,000

ALOR SETAR – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki bersama sekilogram dadah jenis heroin dalam Ops Landai di persisiran Pantai Kuala Kedah, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada pukul 6.10 petang.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan plastik dadah jenis heroin yang diletak di dalam sebuah beg dengan nilai rampasan dianggarkan RM16,000.

“Suspek yang bekerja sebagai nelayan dipercayai bertindak sebagai pengedar dadah untuk nelayan-nelayan di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Alor Setar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori