Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hormati Agama Lain Untuk...

MELAKA - Seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati agama orang lain untuk memastikan agama...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang turun...

Cerita Kiswah Kelambu Kaabah...

MAKKAH - Ramai pernah melihatnya. Namun tidak ramai tahu perinciannya. Itulah kain kiswah...

Kisah Dr Vida: Pernah...

KUALA LUMPUR - Stadium bola sepak dicat warna merah jambu? Dan pemain turut...

Polis Perak Rampas Syabu Bernilai RM1.2 Juta

IPOH – Polis Perak membuat rampasan terbesarnya tahun ini apabila merampas dadah jenis syabu seberat 17.2 kilogram bernilai RM1.2 juta di Sungai Siput, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP V. R. Ravi Chandran berkata dadah tersebut dirampas daripada seorang lelaki warga Bangladesh berumur 32 tahun di sebuah hotel di Taman Riba Setia dekat Sungai Siput kira-kira 11.30 malam.

Katanya hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Perak di dalam bilik hotel itu menemukan 17 paket plastik bertulis Chinese Tea Gift Tea Culture, yang mengandungi syabu selain peralatan peribadi milik suspek.

“Bungkusan teh Cina itu disimpan di dalam kotak untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Kita sedang siasat sama ada dadah tersebut untuk dijual di negeri ini atau pasaran luar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek telah tinggal di negara ini selama 10 tahun dan berada di Sungai Siput sekitar dua hingga tiga minggu.

“Kita dapati pasport milik suspek telah tamat tempoh dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.


Ravi Chandran berkata suspek yang negatif ujian air kencing itu direman tujuh hari hingga 5 Dis depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 7,561 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Perak ditangkap mulai Januari hingga 28 Nov lalu berbanding 6,437 untuk tempoh sama tahun lepas.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang tempoh itu adalah RM12.3 juta meningkat berbanding RM4.7 juta dadah untuk tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara JSJN dengan agensi penguatkuasaan dan masyarakat setempat yang menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di sekeliling mereka. – BERNAMA

Kategori