Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki OKU Rentung Dalam...

MUKAH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran membabitkan dua...

Reformasi Trump: Apakah AS...

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya...

Kampung Di Jerman Dilelong...

BERLIN - Satu-satunya pembida pada majlis lelongan luar biasa semalam membelanjakan 140,000 euro...

Ratusan Ternakan ‘Mangsa’ Bah...

PUTRAJAYA: Kebimbangan ratusan ekor ternakan di beberapa lokasi yang dilanda banjir buruk di...

Polis Selesai 6 Kes Pecah Rumah, Curi

SANDAKAN – Polis Sandakan menyelesaikan enam kes pecah rumah dan curi dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 24 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tinusa 1, Jalan Army Camp dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata enam kes pecah rumah tersebut dilaporkan di Kampung Tinusa 1, Pusat Latihan Khidmat Negara Bagai Budi dan rumah seorang kenamaan.

Ketika serbuan pada 9.30 malam itu, pihaknya merampas 35 barangan curi yang ditemukan di rumah lelaki itu dan yang telah dijual kepada tiga penduduk di kampung tersebut yang turut ditahan, kerana memiliki barangan tersebut.

Nilai barangan yang dirampas adalah RM12,000 manakala nilai kerugian dari enam kes itu berjumlah RM12,700, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lelaki itu yang tidak mempunyai rekod jenayah juga didapati positif syabu.


Azhar berkata polis sedang mengesan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang dikenali sebagai Mohd Sarudin Zainal Abidin, 22, yang juga penduduk tersebut.

Mohd Sarudin pernah ditahan atas kes dadah dan tidak hadir ke Mahkamah Sandakan ketika kes dibicarakan pada bulan lepas, katanya. – BERNAMA

Kategori