Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nasib Malang Pencuri, Jatuh...

Houston - Sudah jahat, malang pula. Seorang pencuri mengalami nasib amat malang ketika...

PU Rizz Buat Laporan...

PENCETUS Ummah (PU), Rizz atau namanya Haris Ismail, 24, sudah membuat laporan polis...

Najib Ucap Tahniah Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Vaksin : 4.5 Juta...

KUALA LUMPUR : Seramai 22,813,571 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara...

Polis Terengganu Tingkat Kawalan Setiap Pintu Masuk

KUALA TERENGGANU – Polis Kontinjen Terengganu kini meningkatkan kawalan di setiap pintu masuk ke negeri ini susulan kes tahanan etnik Uighur yang lolos dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao, Thailand, Isnin lalu.

Ketua Polis, Datuk Aidi Ismail berkata ini selaras dengan arahan yang diterima dari pihak tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar semua pihak berwaspada dengan kemungkinan tahanan itu melarikan diri ke negara ini.

“Semua Ibu Pejabat Daerah (IPD) telah diminta untuk memantau dan menangkap (tahanan) jika terkesan.

“Setakat ini saya belum dapat apa-apa maklumat tentang kemasukan mereka ke negeri Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 2 pagi Isnin (waktu tempatan), 20 etnik Uighur Muslim, China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari pusat tahanan itu.

Pada masa ini kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang.


Menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 etnik Uighur yang melepaskan diri itu telah ditahan semula manakala baki tahanan dipercayai telah merentasi sempadan untuk memasuki Malaysia.

Sehubungan dengan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM sedia untuk berkongsi maklumat risikan dengan pihak keselamatan Thailand untuk membolehkan semua tahanan terbabit ditahan semula.

PDRM juga katanya sedia menjalin kerjasama dengan Polis ASEAN (Aseanapol) dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan saki baki tahanan etnik Uighur yang kini dalam buruan pihak berkuasa negara Thailand. – BERNAMA

Kategori