Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7 Penggiat Aeronautik Berminat...

SEPANG - Sebanyak tujuh pelabur menunjukkan minat untuk melabur di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Gadis 14 Tahun Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun ditahan polis di Lapangan...

134 Projek Perumahan Terbengkalai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 134 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Semenanjung dari...

PH Tetap Harus Kurangkan...

IPOH - Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menyifatkan tempoh dua jam setengah disoal...

Polis Thai Tahan Wanita Biayai Sindiket Dadah

BANGKOK – Biro Anti Narkotik Thailand (NSB) mencapai kejayaan besar apabila menahan seorang wanita warga Myanmar yang pihak berkuasa percaya membiayai beberapa sindiket dadah terbesar.

Berikutan penahanan wanita berusia 41 tahun itu hari ini, pihak berkuasa menemukan beberapa transaksi kewangan berjumlah hampir 10.1 bilion Baht (RM1.28 bilion) yang mereka syaki berkaitan sindiket dadah dan perdagangan dadah.

“Urus niaga kewangan melibatkan 10.1 bilion Baht ditemukan susulan penahanan wanita tersebut hanya untuk tempoh setahun. Transaksi itu melibatkan pemindahan wang antara Thailand dan Myanmar,” kata ketua NSB, Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada media hari ini.

Beliau berkata akaun bank milik wanita tersebut juga menunjukkan rekod transaksi kewangan melibatkan sejumlah besar wang.

Menurut Sommai, wanita tersebut berasal dari Tachileik, sebuah bandar di sempadan Myanmar dekat utara Thailand terletak di Negeri Shan, yang dikenali sebagai destinasi transit bagi dadah yang dihasilkan dari wilayah autonomi negara itu.

lepas tiba di Tachileik, dadah tersebut akan diseludup ke Thailand dan seterusnya.

Wanita tersebut menafikan tuduhan itu dan mendakwa dia mengendalikan perniagaan pertukaran mata wang.

Pihak berkuasa yang mengumpulkan maklumat perisikan mengenai kegiatan wanita berkenaan menjejaki pergerakannya sejak dia tiba di Thailand baru-baru ini dan menahannya kira-kira 2 petang waktu tempatan hari ini selepas waran tangkap dikeluarkan.


Turut ditahan dalam operasi hari ini ialah peguamnya dan beberapa individu yang tidak dikenali. Pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap ke atas wanita itu pada Mei tahun ini.

“Dia disyaki membuka akaun bank dan menguruskan transaksi kewangan sindiket-sindiket dadah, “ kata Sommai.

Beliau berkata, pihak berkuasa percaya sindiket-sindiket dadah itu yang dikaitkan dengan transaksi kewangan telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 10 tahun dengan capaian mereka meliputi negara-negara ASEAN yang lain dan seterusnya.

“Sindfiket dadah yang menggunakan kepakaran kewangannya tentu sangat besar kerana jumlah transaksi kewangan (pemindahan wang) ialah sekurang-kurangnya 10 bilion Baht (RM1.2 bilion) setahun,” kata beliau

Wanita tersebut yang berkunjung ke Thailand dari semasa ke semasa kemudian dibawa ke ibu pejabat NSB untuk disoal lanjut oleh pihak berkuasa. – BERNAMA

Kategori