Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kompilasi Gambar Praperkahwinan Shahrol...

SHAHROL Shiro dan pasangan Nor Farhanan Syamimi yang bakal bernikah tidak lama lagi...

Pengampunan Najib Jalan Terbaik...

Memberi pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak adalah jalan terbaik menurut perspektif...

2,114 Permohonan Skim Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,114 permohonan di bawah Skim Rumah Pertamaku diluluskan melibatkan...

DAP Nyalakan Api Anti...

SEJAK 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP...

Pos Korea Berjaya Buat Penghantaran Pertama Guna Dron

SEOUL – Pos Korea pada Selasa telah menggunakan sebuah dron untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah pulau terpencil di bahagian selatan, menjadikan ia kejayaan pertama dalam penghantaran udara menggunakan dron di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi pos itu berkata ia menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu untuk menghantar bungkusan seberat lapan kilogram dari pejabatnya di daerah Goheung ke Pulau Deungnyang.

Bungkusan itu berjaya dihantar selepas menempuh perjalanan sejauh empat kilometer.

Penghantaran ke kawasan luar bandar dan terpencil dijangka membolehkan Pos Korea memeriksa prestasi sistem penyampaiannya.

Penghantaran itu susulan ujian yang dilakukan Pos Korea sebelum ini ke beberapa pulau terpencil di luar pesisir Wilayah Jeolla dan kawasan pergunungan di Wilayah Gangwon.


Syarikat-Syarikat kerajaan dan tempatan telah meningkatkan usaha untuk memanfaat dan mengkomersialkan dron menerusi pelbagai aplikasi, termasuk misi logistik dan pencarian, bagi merebut peluang yang ada dalam industri yang berpotensi itu.

Syarikat-Syarikat global seperti gergasi runcit Amazon telah menguji penghantaran menggunakan dron untuk menyediakan satu sistem yang berupaya mempercepat masa penghantaran dan membawa penghantaran hampir segera ke pasaran. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori