Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SAR Tumpu Cari Petunjuk...

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air...

Harga Minyak Jatuh Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

MB Terengganu Ucap Tahniah...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh...

Lebih 20 Negeri Di...

WASHINGTON : Sekurang-kurangnya 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) telah mengesan kes varian...

PPM Tawau Tahan Lelaki Cuba Seludup Keluar 24 Tong Gas

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki ketika cuba menyeludup keluar 24 tong gas cecair petroleum dan 13 guni berisi pakaian serta kasut terpakai, di kawasan perairan Ice Box di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Yazib Abdul Aziz berkata bot dinaiki juragan berusia 35 tahun itu dipintas sekitar 8.30 malam ketika pihak PPM menjalankan Operasi Maharlika Interpol.

Katanya juragan terbabit dipercayai cuba menyeludup barangan tersebut ke negara Indonesia.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot laju itu menemukan 12 tong gas MyGaz, 12 tong gas Petronas dan barangan terpakai, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazib berkata juragan yang hanya memegang kad pengenalan sementara gagal menunjukkan dokumen atau sebarang surat kebenaran yang sah untuk membawa barangan tersebut.


Kesemua barangan dan bot laju dengan nilai keseluruhan RM50,560 dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya PPM akan terus memantau kawasan perairan bagi membanteras kes penyeludupan barangan kawalan. – BERNAMA

Kategori