Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Wujudkan Skuad Bomba...

TAPING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak akan menubuhkan skuad bomba di sekolah...

4 Remaja Ditahan Kerana...

Kangar : Empat remaja lelaki direman sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan...

Tambak Laut Tak Jejas...

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia...

Video: Perkahwinan Paling ‘Sporting’...

Sporting ! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang...

PPSB Akan Perbesar Terminal Kapal Persiaran

GEORGE TOWN – Penang Port Sdn Bhd (PPSB) merancang memperbesar Terminal Kapal Persiaran Dermaga Swettenham dengan penyambungan ke dermaga, dataran dan laluan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Ong berkata, pembesaran itu akan membolehkan pelabuhan tersebut menerima kapal kelas Oasis, selain mampu menarik kapal persiaran antarabangsa menjadikannya pangkalan mereka.

“Pembangunan baharu itu disasar untuk dimulakan tahun depan dan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

“Selain itu, saya gembira dengan kerja-kerja menaik taraf ketika ini, Dua eskalator baharu bernilai RM1.83 juta akan dipasang di terminal berkenaan pada Januari 2018,” katanya pada majlis menyambut ketibaan Genting Dream Cruises di sini malam tadi.

Genting Dream Cruises, jenama persiaran Asia oleh syarikat perkapalan persiaran Genting, meraikan ketibaan Genting Dream di Terminal Kapal Persiaran Dermaga Swenttenham semalam.


Ong berkata, sejak 10 tahun lalu pasaran penumpang persiaran global telah berkembang pada purata 14 peratus setahun dan diramalkan menjelang 2035, seramai 4.5 juta penumpang akan belayar melalui Asia Tenggara.

Menurutnya, PPSB merancang untuk menarik satu juta penumpang transit daripada pasaran persiaran Asia dan sejak pembukaan terminal itu pada November 2009, PPSB terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabuhan pilihan kapal persiaran mewah.

“Terminal Swettenham mengendali 1.2 juta penumpang setahun dan mampu mengendali sehingga 8,000 penumpang pada satu masa,” katanya. – BERNAMA

Kategori