Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kelab Astronautik Sasar Tarik...

KUALA LUMPUR - Kelab Astronautik Malaysia, yang dilancarkan hari ini menyasarkan 100,000 keahlian...

Aksi Berani Selamatkan Gadis...

NEKAD... Tindakan berani remaja perempuan membuka pintu kereta yang sedang bergerak telah menyelamatkan...

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA ā€“ Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat...

Polis Ronda Gagal Cubaan...

SEREMBAN - Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia berputih mata apabila gagal melarikan barangan...

Program MEA Bantu Pelajar Kuasai Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR – Malaysia English Assessment (MEA) merupakan program untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar lebih berdaya saing serta memenuhi permintaan industri di alam pekerjaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program MEA yang dilancarkan kementerian itu menepati kualiti, selaras dengan Common European Framework of Reference (CEFR) dan diiktiraf yang kelayakan yang diperoleh pelajar boleh diguna pakai bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

“MEA merupakan ‘game changer’ (pencetus perubahan) dalam penguasaan bahasa Inggeris pelajar di kolej dan universiti di Malaysia.

“MEA mempunyai dua komponen, komponen formal iaitu taksiran secara formal dan kedua, secara tidak formal. Pembelajaran dilaksanakan dalam situasi sebenar iaitu dalam alam pekerjaan atau aktiviti luar kelas berasaskan tugasan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai usaha kementerian itu dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan agar lebih berdaya saing serta memenuhi permintaan industri.


Idris berkata pelbagai program lain dilaksanakan kementerian itu bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan termasuk English Language Enhancement Project dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd untuk pelajar tahun akhir dan kerjasama dengan Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT) bagi melaksanakan Cambridge Accessible Tests (CATs). – BERNAMA

Kategori