Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

New Zealand Labur NZ$200...

KUALA LUMPUR - New Zealand akan melabur lebih NZ$200 juta di ASEAN dalam...

Titijaya Lancar Projek Bercampur...

KUALA LUMPUR – Titijaya Land Bhd melancarkan “The Shore” – projek hab premium...

Jamin Kuasa Politik Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan Perdana Menteri Malaysia akan tetap dipilih daripada...

Garis Panduan Pakaian Pekerja...

SITIAWAN - Perbincangan bagi memperkenalkan garis panduan berpakaian untuk pekerja wanita kini dalam...

Projek KSTP Di Bukit Kayu Hitam Dalam Proses Tender

ALOR SETAR – Projek pembangunan Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam kini berada dalam proses tender untuk kerja infrastruktur yang dijangka dikeluarkan pada suku pertama tahun depan, Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata permohonan Kebenaran Merancang (KM) untuk projek itu telah dikemukakan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu September lepas.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Pengkalan Kundor) yang ingin tahu status terkini KSTP, Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE) dan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah.

Berhubung projek SPIKE, katanya Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Cadangan Penswastaan Projek Lebuh Raya di Koridor Utara Semenanjung Malaysia dengan turut mengambil kira cadangan pembangunan SPIKE, yang dijadualkan siap bulan ini.

“Cadangan pembangunan lebuh raya baharu di negeri Kedah menjadi keutamaan kerajaan negeri dan cadangan pembangunan SPIKE telah diangkat kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan,” katanya.


Beliau berkata kerajaan negeri telah berusaha membantu pihak pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan KIFT untuk mendapatkan kelulusan diperlukan termasuk kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

Ku Abdul Rahman berkata bagaimanapun projek pembangunan itu masih tidak berjalan kerana sehingga kini pihak pemaju terlibat masih gagal menjelaskan yuran komitmen sebanyak RM5 juta seperti diminta kerajaan negeri.

“Jadi setakat ini kita tangguh dulu… kena lihat dahulu perkembangan dari semasa ke semasa, kalau kita bagi tarikh akhir, tetapi jika pemaju terbabit masih tidak boleh bayar juga, kita bagi peluang pada syarikat lain, sebab ini satu projek yang bagus,” katanya. – BERNAMA

Kategori