Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jerebu Indonesia Pembunuh, Ragut...

JAKARTA - Bencana jerebu yang melanda Asia Tenggara tahun lalu menyebabkan lebih 100,000...

Sektor Bas Sekolah Perlu...

TANAH MERAH - Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali...

PAS Sengaja Perlekeh Gelaran...

TUMPAT - Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Banjir di Melaka semakin pulih pagi ini apabila jumlah mangsa...

PTSS Arau Baik Pulih 12 Rumah Golongan Daif

ARAU – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau telah siap membaik pulih 12 rumah golongan daif dalam kawasan Parlimen Kangar di bawah program ‘Touch Point Cabinet Away Day 2017.’

Pengarahnya Dr Mohd Zahari Ismail berkata projek itu dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bermula September lepas dan selesai baru-baru ini.

Beliau berkata di bawah program itu setiap rumah diberi peruntukan sebanyak RM5,000 untuk dibaik pulih seperti mengganti bumbung, dinding, lantai dan pendawaian eletrik.

“Seramai 72 pelajar PTSS jurusan kejuruteraan elektrik dan mekanikal menjadi sukarelawan projek ini berpeluang mengaplikasikan pengetahuan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dipelajari,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Mohd Zahari program tersebut menggalakan pelajar PTSS supaya terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang dapat mendidik mereka erti kesusahan. – BERNAMA

Kategori