Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keadilan Untuk Gadis Yang...

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan...

Program Subsidi Beras ST15...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menggantung sementara program...

DAP Yang Sepatutnya Minta...

KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain disebabkan keberanian PAS meneruskan...

PKP Lanjut Hingga Jun...

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun ini jika...

Purata Keciciran Murid Sekolah Rendah Bawah 1%

KUALA LUMPUR – Purata peratusan keciciran murid sekolah rendah bagi tempoh 2014 hingga 2016 hanya antara 0.26 dan 0.74 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala 0.05 hingga 0.10 peratus di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata purata peratusan murid sekolah menengah pula adalah antara 1.09 dan 3.59 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan 0.41 hingga 1.18 peratus, bagi tempoh sama.

Beliau berkata kementeriannya telah mewujudkan satu inisiatif khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Peningkatan Akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas, bagi menangani masalah keciciran di sekolah.

“Melalui inisiatif tersebut, satu garis panduan mengurus murid berisiko bagi membendung masalah keciciran murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah disediakan,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) mengenai jumlah pelajar yang keciciran dari sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Kamalanathan berkata satu modul intenvensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi murid berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah hingga tamat tingkatan lima.

“Pada masa ini, garis panduan dan modul intervensi itu sedang dirintis di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum ia digunakan di seluruh negara pada tahun depan,” katanya.


Beliau berkata kementerian itu juga menyediakan pelbagai bantuan seperti pemberian buku teks, Rancangan Makanan Tambahan, program Susu 1Malaysia dan pembinaan asrama sekolah supaya semua murid daripada keluarga miskin dapat kekal bersekolah.

Antara bantuan lain yang diberikan adalah bantuan yuran khas sekolah, bantuan bayaran tambahan persekolahan, bantuan awal persekolahan dan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, pakaian seragam badan beruniform, makanan asrama dan kenderaan asrama, katanya.

“Malah, kementerian juga menyediakan biasiswa kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah yang cemerlang iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan,” jelasnya. – BERNAMA


​​​​​​​

  • Lagi berita berkaitan:
  • murid

Kategori