Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Apple Watch Series 2...

BERITA baik buat peminat tegar jenama 'bonjuis' Apple, orang ramai kini boleh mendapatkan...

Ngeri… Perut Wanita Mengandung...

HANYA dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal...

Purata 157,000 Pengguna MRT...

KUALA LUMPUR - Jumlah pengguna Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh –...

Lebih 100,000 Anjing Di...

KUCHING - Sejak kawasan pertama terjejas wabak rabies diwartakan di Serian, kira-kira 110,000...

Pusat Bersalin Berisiko Rendah Akan Diperluas

ALOR SETAR – Pusat Bersalin Berisiko Rendah (LRBC) akan diperluaskan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kemudahan kesihatan untuk kalangan wanita bersalin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pusat itu akan diwujudkan berhampiran dengan hospital bagi memudahkan urusan menangani sebarang kes kecemasan sekiranya berlaku.

“Pihak pakar (minta LRBC) jangan jauh daripada hospital… kalau apa-apa berlaku, bantuan dari sana (hospital) boleh sampai dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan LRBC Alor Setar di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dr Subramaniam berkata LRBC kini terdapat di Putrajaya dan Kuantan selain LRBC Alor Setar yang mula beroperasi pada 1 Okt lepas.

Katanya LRBC diwujudkan di tiga tempat itu terlebih dahulu adalah bertujuan mengurangkan kesesakan berikutan lebih 23 peratus daripada keseluruhan pesakit yang dirawat di hospital di situ adalah berkaitan kehamilan.


“Ada wad yang sesuai untuk menempatkan 30 orang pesakit sahaja, tetapi kadang-kadang perlu masukkan sampai 40 katil. Jadi, dengan adanya pusat bersalin seperti ini, boleh kurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan,” katanya.

LRBC Alor Setar yang melibatkan kos keseluruhan RM865,000 itu beroperasi 24 jam di Hospital Alor Setar lama.

Pusat bersalin itu mempunyai empat dewan bersalin, kemudahan wad sebelum dan selepas bersalin serta menempatkan kakitangan perubatan terlatih. – BERNAMA

Kategori