Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perbanyak Aktiviti Kebombaan Bersama...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak diminta memperbanyakkan aktiviti kebombaan...

Guru Taska, Prasekolah Wajib...

KOTA BAHARU - Guru yang mengajar di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah akan...

Empat Pelajar Sekolah Tunas...

GEORGE TOWN - Empat pelajar Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar, di sini...

Saksi Tak Mampu Berjalan...

INSIDEN kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor yang berlaku jam...

Putera Charles Lawat Pangkalan Udara Malaysia

BUTTERWORTH – Prince of Wales, Putera Charles hari ini menyuarakan keprihatinannya terhadap Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang berpusat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth di sini.

Pemangku Komander pangkalan TUDM Butterworth Kolonel Amer Mahmud Abdul Rahman berkata Putera Charles menzahirkan perkara itu semasa lawatan sejam ke pangkalan TUDM, yang merupakan sebahagian daripada aturcara lawatan sulung pewaris takhta Britain itu ke Malaysia.

“Baginda tertarik dan mengambil berat tentang FPDA yang banyak menyumbang dalam kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara.

Sebagai keluarga diraja British, mereka sangat unik kerana anggota keluarga mereka turut dilatih sebagai pegawai tentera dan terlibat dengan operasi tentera di serata dunia.

“Disebabkan itu, Pangkalan Udara Butterworth terpilih sebagai salah satu tempat lawatan baginda di Pulau Pinang. Banyak elemen sejarah yang baginda suka di sini,” katanya kepada Bernama.

Putera Charles tiba di pangkalan udara itu pada kira-kira 3.40 petang dengan limosin hitam dan disertai menteri pengiring, Datuk Seri S.K Devamany, yang juga timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebaik tiba, Putera Charles disambut Panglima Bantuan Udara Lt Jeneral Datuk Paduka Wan Normazlan Che Jaafar sebelum baginda meluangkan masa 30 minit meninjau pesawat Hawk TUDM, pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) selain sesi bergambar dengan para pegawai.

Pewaris takhta Britain itu, kemudian dibawa ke ibu pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (HQIADS) untuk bertemu pegawai dan anggota keluarga HQIADS seelum diberi taklimat kira-kira 10 minit oleh pegawai Ops Mejar Mark Wong mengenai FPDA di Pusat Ops Gabungan Bersama (CJOC).

FPDA ditubuhkan pada 1971 bagi menampung pertahanan luar Malaysia dan Singapura, berikutan penarikan pasukan tentera British.


Selain kedua-dua negara, anggota-anggota lain adalah Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Pada masa ini, pangkalan TUDM di Butterworth merupakan ibu pejabat FPDA.

Terdahulu, Putera Charles juga melawat pusat WorldFish, sebuah pertubuhan penyelidikan antarabangsa yang memanfaatkan perikanan dan akuakultur bagi mengurangkan kelaparan dan kemiskinan, yang terletak di barat daya Pulau Pinang.

Sebaik tiba pada kira-kira 2.10 petang, Putera Charles disambut bakal Ketua Pengarah WorldFish Gareth Johnstone dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi.

Baginda meluangkan masa 30 minit untuk mendengar taklimat tertutup daripada para pegawai WorldFish, Jabatan Perikanan Malaysia dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Putera Charles sempat bertemu dan beramah mesra dengan sebilangan kakitangan WorldFish semasa berkunjung ke pusat itu.

Lawatan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia merupakan sebahagian daripada lawatan 11 hari mereka ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov. – BERNAMA

Kategori