Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kos Pokok ‘Ceiba Codatti’...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii'...

Hukum Wanita Bergaul Dengan...

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan. Islam tidak menghalang komunikasi...

Isu Larang Jumpa Anwar:...

PUTRAJAYA — Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri tidak...

Kenapa Produk QURUSSS Boleh...

Konsep pembakaran lemak QURUSSS ialah dengan meningkatkan metabolisma badan anda.(MAKLUMAT BERKAITAN QURUSSS DAN...

Rakaman Parodi Diri Tular, Mas Idayu Anggap Kelakar

“ADA nampak mummy happy?” Bagi peminat industri hiburan seni tanah air pasti begitu familiar dengan ungkapan ini bukan?

Ungkapan itu merupakan antara ayat herdikan yang diucapkan oleh salah seorang juri program D’Academy Asia 3, Mas Idayu ketika memberi komen terhadap peserta dari Malaysia, Baby Shima.

Tagline tersebut telah menjadi satu punchline yang melucukan dalam kalangan netizen menerusi laman sosial.

Malah, ada juga segelintir pihak yang terinspirasi dengan begitu gigih membuat video parodi mengenai ungkapan berkenaan.

Susulan isu tersebut, penyanyi dangdut terkenal berkenaan mengakui tidak mengambil pusing mengenai perkara itu sebaliknya menganggap ia sesuatu yang melucukan.

Pemilik nama sebenar, Masidayu Mesnun mengakui dia bukan seorang yang begitu aktif di media sosial dan menggunakan aplikasi Instagram sekadar untuk mengemas kini perkembangan tentang kerjaya semata.

“Saya rasa parodi tular itu lucu malah adik saya juga ada yang membuat video yang sama. Biasalah benda-benda tular ini, saya tidak melihat ia sebagai satu masalah.

“Lagipun saya marah Baby Shima yang mewakili Malaysia untuk kebaikan dia juga. Jika pada pandangan orang lain ia keterlaluan, itu terserah penilaian masing-masing,” katanya dipetik sebuah portal hiburan.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah menganggap gurauan tular itu sebagai sesuatu yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan kredibiliti yang bergelar seorang juri.


Hal ini kerana penyanyi yang sinonim dengan gelaran Ratu Gelek ini yakin setiap orang boleh membezakan perkara yang serius atau gurauan.

“Pada saya, jika pembikin video parodi itu berniat buruk maka itu urusan dia dengan Tuhan. Saya cuma jalan tanggungjawab saya sebagai juri dan beri teguran mengikut apa yang saya rasakan perlu.

“Baby Shima juga tiada masalah dengan saya selepas malam itu malah hubungan kami erat seperti biasa kerana dia tahu saya menegur bukan suka-suka tetapi untuk kebaikan dia,” jelasnya.

Sebelum ini, video penyanyi dangdut era 90-an ini mengherdik Baby Shima menjadi viral kerana ia dianggap keterlaluan sebelum menjadi ‘bahan jenaka’ di laman sosial.

Baca: Kena Marah Di DAA3, Baby Shima Tak Salah Mas Idayu

Sehingga kini, ungkapan yang melucukan itu dilihat masih menjadi sebutan dan ikutan dibibir para netizen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori