Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Tentera Bawang’ Ajar Pembuli...

KUALA LUMPUR - 'Tentera bawang' telah mengambil tugas mengajar pembuli siber yang didakwa...

Lagi Langkah Sumbang Saifuddin...

SAIFUDDIN Abdullah sekali lagi membuat 'langkah sumbang' sejak menjadi Menteri Komunikasi apabila mengambil...

Dadah Masih Musuh No.1...

KUCHING - Pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah masih menjadi musuh nombor satu negara,...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak setakat 8 pagi ini kekal seperti...

Rakan Artis Lega Tidak Perlu Sorok Rahsia Elyana

SEJAK mengumumkan berita yang mengejutkan tentang penyakit yang dialaminya, laman Instagram Elyana dibanjiri dengan kata-kata semangat dari netizen.

Baca: Tersingkir Gegar Vaganza, Elyana Umum Hidap Kanser

Bahkan rakan-rakan artis turut memberikan kata-kata semangat dan menjadikan pelakon Dunia Baru ini sebagai inspirasi.

Tujuh tahun menyimpan rahsia bukan sesuatu yang mudah sehinggakan terpaksa ‘menelan’ kata-kata orang yang melabelkan dirinya sombong kerana tidak dapat memenuhi undangan nynayian.

Menurut Elyana, berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga serta teman rapatnya sahaja.

Syura yang juga peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) mengakui dia antara orang yang mengetahui tentang penyakit yang dialami Elyana.

Menerusi laman Instagramnya, Syura melepaskan kelegaannya kerana tidak perlu berlakon seolah-olah tidak mengetahui apa-apa tentang penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Alhamdulillah. Aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ini. Selama ini aku terpaksa berlakon yang konon-kononnya aku tak tahu kau sakit beb,” tulis Syura di laman Instagramnya.

Sementara itu, seorang lagi peserta GV4 iaitu Hazami menyatakan melihat perubahan yang berlaku kepada penyanyi 30 tahun itu semasa menyertai pertandingan nyanyian tersebut.

“Saya selalu bertanya pada dia, kenapa nampak letih dan kenapa jarang makan?

“Tetapi, tahu-tahulah Elyana itu macam mana. Ada saja alasan dia dan banyak berdalih.

“Sampailah malam ini (Ahad), dia mengejutkan semua orang dan saya sendiri,” katanya dipetik Astro Gempak.

Hazami dalam pada itu mengakui agak terkilan kerana perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuannya. Dia turut marahkan Syura kerana menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahun peserta lain.

“Memang saya marah. Saya marahkan Syura dan tanya dia kenapa sorok kisah Elyana daripada saya dan semua peserta lain?” ujarnya.


Namun, penyanyi ini faham pasti ada sebab yang membuatkan Elyana berbuat demikian.

Sementara itu, Siti Nordiana menerusi Instagram miliknya turut mengakui yang dia mengetahui tentang penyakit kanser tersebut. Namun, mengambil keputusan untuk tidak bertanyakan apa-apa supaya Elyana tidak terfikirkan penyakit tersebut.

@elyanaofficial be strong tau! Kak Nana dah lama tahu tapi Kak Nana tak pernah tanya sebab tak nak buat Nana (Elyana) terfikirkan sakit itu. Kak Nana nak Nana gembira saja,” tulisnya.

Malah, pelakon yang sama-sama terlibat dalam Dunia Baru dahulu, Anne Ngasri turut mengakui perkara tersebut merupakan rahsia besar yang disimpan sekian lama.

Tambah Anne, dia memuji keberanian Elyana berkongsikan berita itu dengan peminat-peminatnya.

“Inilah rahsia yang kami sebagai sahabat simpan selama ini, mengenai kesihatan beliau.

“Akhirnya, beliau kuat untuk berkongsi dengan semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, rakan-rakannya turut menyatakan perkongsian yang dibuat di laman Instagram bukanlah untuk meraih simpati netizen. Tetapi, mengharapkan doa buat penyanyi tersebut untuk terus kuat. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori