Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

19 Bangkai Penyu Ditemui...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga...

Malaysia Airlines Lancar Promosi...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan tambang, Kelas Ekonomi, semua termasuk, daripada hanya...

39 Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk...

Agong Rasmi Pembukaan Dewan...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat...

Rakyat Boleh Optimis Untuk Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia boleh optimis dan yakin bahawa masa depan mereka dan negara ini berada dalam tangan sebuah kerajaan yang mampu membawa ke tahap yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, janji untuk masa depan yang lebih baik itu bukan ‘omong kosong’ atau angan-angan Mat Jenin, tetapi berpijak di bumi nyata kerana ia telah dibuktikan dengan pelbagai kemudahan dan projek infra rakyat yang telah disediakan kerajaan.

Your future is in good hand. Tidak perlu pandang kiri, tidak perlu pandang kanan, tidak perlu termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang ditabur pihak lain.

“Berpeganglah, berpautlah kepada kerajaan sedia ada hari ini, kita akan membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik, kita akan terus harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya semasa merasmikan Expo Negaraku 2017 di sini malam ini.

Katanya Malaysia sebenarnya sudah mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa dan dihormati pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump.

Perdana Menteri berkata penghormatan oleh pemimpin dunia itu membuktikan Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperlekehkan dan berada di landasan tepat untuk menuju ke masa depan yang membawa seribu rahmat untuk seluruh rakyat.

“Pemimpin dunia hormati kita, Presiden China, Presiden US hormati kita, pemimpin negara lain juga hormati kita…,” katanya sambil menambah kata bahawa hanya segelintir pemimpin di negara ini sahaja memperlekehkannya.

Mengenai pameran tersebut, Najib berkata ia merupakan kaedah terbaik bukan sahaja memberi maklumat lengkap mengenai pembangunan negara tetapi menyediakan platform untuk rakyat menikmati pengalaman menggunakan infrastruktur yang akan dibangunkan kerajaan.

Katanya kerajaan mempunyai perancangan teratur dan tersusun untuk menyediakan projek infra rakyat dan pameran itu akan membawa mesej jelas kepada rakyat bahawa kerajaan akan melaksana dan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kemajuan pada masa akan datang.

“Sebab itu saya beritahu (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa saya hendak ekspo ini lain daripada ekspo yg pernah diadakan sebelum ini. Saya mahu ekspo menggunakan kaedah teknologi terkini, canggih yang mampu kita sediakan.


“Justeru ekspo ini bersifat sangat interaktif seperti kaedah ‘touch screen’ yang memberi pengalaman yang dapat dirasai sendiri oleh kita setelah kita saksikan ekspo ini secara dekat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan menteri-menteri kabinet.

Expo Negaraku 2017 adalah platform mempamerkan infrastruktur semasa dan pembangunan yang telah dirancang kerajaan dan memberi gambaran akan kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia di masa akan datang.

Ia dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan taraf hidup rakyat dan sifat cintakan negara serta mampu menyuntik perasaan kebersamaan antara pelbagai lapisan masyarakat dalam menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dicapai negara selama ini.

Ekspo yang diterajui Unit Perancang Ekonomi itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta dan bakal memanfaatkan semua pihak, termasuk pakej istimewa bagi pelajar yang tinggal di luar bandar dan pakej penginapan dan diskaun sebagai galakan mereka melawat ekspo berkenaan.

Pameran itu dibuka selama sebulan sehingga 15 Disember, bermula 10 pagi hingga 10 malam. — BERNAMA

Kategori