Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Terserempak Keluarga Tidur Beralas...

SEREMBAN - Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan...

Tiada Sasaran Jaclyn Victor,...

PETALING JAYA - Penyanyi Jaclyn Victor tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendapatkan cahaya...

Rosmah Masuk Hospital, Alami...

KUALA LUMPUR - Masalah sakit belakang dan tengkuk yang serius dipercayai menjadi faktor...

PRS Pastikan Tiada Anasir...

KUCHING - Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan memastikan tiada anasir khianat yang boleh...

Rakyat Perlu Syukuri Nikmat Keamanan Negara

KOTA KINABALU – Rakyat khususnya generasi muda diingatkan supaya sentiasa mensyukuri dan menghargai nikmat keamanan serta kemakmuran dikecapi selama ini demi memelihara kelangsungan kestabilan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau telah melawat banyak negara termasuk yang bergolak dan dapat melihat sendiri betapa bernasib baik serta bertuah rakyat Malaysia kerana hidup dalam suasana harmoni selain terlindung daripada sebarang masalah seumpama itu.

“Kita bernasib baik tidak berdepan kebuluran atau ancaman pencerobohan atau bencana alam berulang. Terdapat begitu banyak yang kita rakyat Malaysia harus syukuri,” katanya pada Siri Syarahan Diplomat Ketiga bertajuk ‘Polisi Luar Malaysia:Isu dan Cabaran’, di sini hari ini.

Program anjuran pelajar semester lima Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajarnya meneroka idea baharu dan membina rangkaian intelektual untuk kerjasama pada masa depan.

Kira-kira 100 pelajar menghadiri program berkenaan.

Anifah berkata generasi muda berhak menyuarakan pendapat, namun pandangan itu mestilah bernas dan relevan selain tidak berlandaskan emosi atau ketidakpuasan hati kepada kerajaan semata-mata.

“Jangan disebabkan perkara kecil negara kita tergadai. Perkara ini penting,” katanya.


Sementara itu, Anifah mengingatkan rakyat di Sabah agar tidak terpengaruh dengan gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) kerana ia hanya melibatkan sekumpulan kecil yang tidak mewakili pendapat dan hasrat rakyat Sabah termasuk Sarawak secara keseluruhannya.

Beliau berkata tindakan SSKM mempengaruhi fikiran rakyat Sabah termasuk Sarawak untuk keluar Malaysia akan memberi implikasi negatif yang hanya akan dirasai oleh rakyat di negeri berkenaan dan bukannya pengasas kumpulan itu kerana dia berada di luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Anifah berkata, hak serta kepentingan rakyat Sabah yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan terus diperjuangkan menerusi beberapa proses perundingan secara diplomasi dan bukannya konfrontasi.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menjelaskan pendirian kerajaan Persekutuan berkenaan perkara itu yang pada akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. – BERNAMA

Kategori