Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dakwaan ‘Malaysia Sedang Dijual’...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang...

Foot Golf, Gabungan Sukan...

JIKA sebelum ini sukan golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan...

Lelaki Berhijab Pujuk Budak...

JIJIK dan kejam. Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai wanita yang memakai burka semata-mata...

Atasi Gejala Kejang Ketika...

Pernahkah otot di salah satu bahagian tubuh anda tiba-tiba merasa sakit seakan 'cramp'...

Ramai Rakyat M’sia Tidak Makan Sayur, Buah

KLANG – Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata trend itu menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan membimbangkan.

“Perubahan mesti dilakukan kerana sekiranya tidak, ia akan meningkatkan risiko kita mendapat penyakit dan memberi kesan kepada sistem kesihatan secara keseluruhan,” katanya selepas merasmikan program Kem Nak Sihat Bersama Komuniti Kekal Sihat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata rakyat Malaysia perlu memakan lebih banyak buah-buahan untuk membantu mengurangkan obesiti serta menghindarkan penyakit yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menerusi Bahagian Nutrisi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluaskan program meningkatkan pemahaman khususnya ibu pelajar mengenai amalan penyediaan makanan sihat.


“Kita nak beri bimbingan kepada ibu mengenai amalan pemakanan sihat kerana mereka adalah pengaruh yang cukup kuat dalam membawa perubahan yang kita harapkan. Program ini bermula awal tahun ini dan berharap dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang,” katanya.

Kem Nak Sihat merupakan program outreach yang dirangka khas untuk komuniti bertujuan menyampaikan mesej berkaitan cara hidup sihat. – BERNAMA

Kategori