Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Derma Darah Untuk...

Malang memang tidak berbau. Siapa sangka, darah yang didermakan akan digunakan oleh dirinya...

21 Pekerja Asing Ditahan...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 21 warga asing termasuk tiga wanita dalam...

Perbincangan Isu ICERD Tidak...

KUALA LUMPUR - Perbincangan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pihak berkepentingan mengenai...

3 Anggota Geng Samun...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki dipercayai anggota 'Geng Tiger Loong' yang...

Ramai Tak Dapat Pulang Letusan Gunung Berapi

Kuala Lumpur – “Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sesak dengan orang ramai. Ada yang beratur dari malam semalam (kelmarin) sampai tengah hari pun belum dapat giliran,” kata Mohd Hanifiah Yusof, rakyat Malaysia yang terkandas di Bali, Indonesia berikutan kejadian letusan Gunung Berapi Agung.

Menurut Mohd Hanifiah, dia bersama isteri Siti Noraisyah Hassan, 35, sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air semalam selepas empat hari menghabiskan percutian di Bali.

“Disebabkan keadaan sesak dan kelam-kabut, kami malas beratur menunggu giliran dan sepakat mencari jalan mudah untuk ke Surabaya dengan menaiki kereta sewa dan feri yang mengambil masa perjalanan hampir 14 jam.

“Walaupun terpaksa membeli tiket baru dari Surabaya ke Kuala Lumpur, apa yang penting kami dapat balik cepat ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Noryatimah Shahrom, 39, berkata, dia bersama suaminya, Ahmad Azmin Shah Mat Ramli, 49, dan bayi mereka, Anis Aisyah Zahirah berusia setahun 10 bulan tiba di Bali pada malam Sabtu lalu atas urusan perniagaan.

“Tiada siapa yang dapat tidur lena selepas mendapat tahu ada gunung di pulau ini sedang meletus. Walaupun kedudukan Gunung Agung jauh dari lokasi penginapan kami di Denpasar, bimbang tetap ada, namun kami bertawakal semoga tiada perkara buruk berlaku ke atas kami sepanjang berada di sini,” katanya.


Menurutnya, keadaan di daerah tempat mereka sekeluarga menginap itu dilaporkan masih selamat dan tidak terjejas berikutan lokasi kejadian letusan gunung berapi kira-kira 65 kilometer yang mengambil masa perjalanan darat sejam 40 minit.

“Alhamdulillah keadaan di sini baik-baik saja dan banyak kedai beroperasi seperti biasa. Di mana-mana tempat sama ada pihak berkuasa, komuniti, pengurusan hotel serta Bulan Sabit Merah Indonesia giat menjalankan usaha menyebarkan maklumat serta kempen supaya kita tidak panik dengan menekankan langkah keselamatan sekiranya sesuatu berlaku.

“Namun, setakat ini kami masih lagi menanti perkembangan maklumat daripada pihak AirAsia sama ada jadual penerbangan balik kami esok (hari ini) diteruskan mahupun ditunda,” katanya. – METRO ONLINE

Kategori