Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemimpin, Rakyat Perlu Bersatu...

MELAKA - Pemimpin dan rakyat digesa berganding bahu bagi mengekalkan perpaduan, kerjasama dan...

Malaysia Tangga Ke-4 Indeks...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Indeks Kebahagiaan Bekerja Kakitangan 2017...

Manifestasi Iltizam, Komitmen UMNO...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan besar-besaran anggota...

N.Sembilan Mahu Semua Tanah...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pemilik tanah...

Rampas Sisik Tenggiling, Rokok Bernilai RM7 Juta

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan dua cubaan menyeludup keluar sisik tenggiling bernilai RM4.36 juta pada 16 dan 17 Nov lepas.

Pengarah Kastam KLIA Abdul Wahabi Abdullah berkata sisik tenggiling seberat 236 kilogram (kg) yang dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak itu dirampas oleh anggota Kastam dari Pusat Mel dan Kurier KLIA ketika cuba dieksport secara pos ke Hong Kong.

Beliau berkata bagi kes pertama, pihaknya menemui sisik tenggiling seberat 125.46 kg di dalam lima buah kotak seberat 125.46 kg pada 3.30 petang, sebelum merampas lapan kotak yang mengandungi barangan yang sama seberat 211.54 kg pada 12 tengah hari keesokan harinya.

“Dari bilangan kotak yang dirampas, sembilan daripadanya berasal dari Sarawak, manakala selebihnya dari Sabah dan kami sedang menyiasat kemungkinan kedua-dua kes melibatkan rantaian sindiket yang sama.

“Individu terlibat telah dikenal pasti dan kami bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menyiasat punca dan jenis hidupan larangan tersebut diperoleh,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Wahabi berkata sisik tenggiling merupakan barang larangan eksport di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967, iaitu mengeksport barang larangan dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda dari nilai barangan yang disita atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.


Dalam pada itu, Abdul Wahabi berkata Kastam KLIA berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk rokok dengan nilai cukai RM2.66 juta dalam dua kes berasingan pada 15 dan 24 Nov lepas.

Beliau berkata bagi kes pertama sebanyak 1.6 juta batang rokok dirampas daripada sebuah lori lima tan yang dipandu seorang lelaki warga tempatan ketika melalui pintu keluar Kompleks Kargo KLIA pada kira-kira 10.30 pagi.

Katanya pemeriksaan mendapati rokok yang dipercayai dibawa masuk dari Kemboja itu tiada dokumen pengikraran serta diluluskan Kastam, dan lelaki berumur 27 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Sepang, Sabtu lepas.

Bagi kes kedua, Abdul Wahabi berkata sejumlah 2.2 juta batang rokok bernilai RM176,000 telah dirampas daripada sebuah lori yang ditahan di Gudang Pos Aviation, Free Commercial Zone, KLIA pada 24 Nov lepas.

“Siasatan awal mendapati barangan yang diikrarkan sebagai pek penapis itu belum lulus Kastam dan tangkapan terhadap syarikat pengimport akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Kategori