Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Syor Guna Dron...

BUKIT KAYU HITAM – Polis akan mengesyorkan penggunaan teknologi baharu termasuk dron bagi...

Puspanita KKMM Bantu Asnaf...

BUKIT MERTAJAM - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Kementerian...

OCA, INASGOC Kurangkan 62...

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia Indonesia...

Isu Rasuah: PKNS Tak...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya...

Rampas Wang Kertas Palsu Berkualiti RM138 Juta

ROME – Polis Itali, semalam berjaya merampas lebih 900,000 keping wang kertas palsu berkualiti tinggi bernilai lebih AS$33 juta (RM137 juta).

Pada masa sama, 13 suspek ditahan terbabit dalam kegiatan pemalsuan wang.

“Ketika menjalankan siasatan terhadap tiga lokasi percetakan haram, termasuk satu di Romania, kami berjaya menemui pelbagai mesin dan lain-lain peralatan yang diperlukan untuk mengeluarkan wang kertas palsu.

“Berikutan itu, wang kertas palsu bernilai lebih AS$33 juta dirampas, iaitu 939,775 keping wang tunai dalam pecahan 10, 20 dan 50 euro, selain 13 suspek yang berada di lokasi,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Menurut polis, dua daripada suspek itu yang ditahan adalah anggota kumpulan Neapolitan yang dipercayai sudah lama terbabit dalam kegiatan pemalsuan wang.


“Mereka dipercayai menyediakan kemudahan itu hasil kerjasama dengan rakyat Itali di Romania untuk menghasilkan wang kertas palsu,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Kategori