Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wow! Wanita Seberat 120Kg...

MAHKOTA Ratu Vendimia dimenangi oleh gadis berusia 24 tahun, Estefania Correa yang memiliki...

Parit Utama Di Sekitar...

KUALA LUMPUR - Bagi menangani masalah banjir di sekitar ibu negara, Dewan Bandaraya...

Pulau Pinang Lubuk Kes...

Walaupun pihak polis telah memberkas beberapa suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan beberapa...

Tok Mat Angkat Sumpah...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah sebagai Ahli...

Ranking FIFA Harimau Malaya Jatuh Lagi

RANKING Harimau Malaya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jatuh sebanyak empat anak tangga dari kedudukan 170 pada bulan lalu ke 174 dunia bulan ini.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA, www.fifa.com, skuad kendalian Nelo Vingada itu belum mencatat sebarang kemenangan tahun ini yang boleh menyumbang kepada ranking FIFA.

Kekalahan dua perlawanan pada bulan ini antara penyumbang kepada kemerosotan ranking skuad Harimau Malaya pada November.

Bulan ini Malaysia kalah dengan jaringan 4-1 sebanyak dua kali kepada Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Manakala pada aksi kelayakan Piala Asia pada bulan lepas, Malaysia tewas 20- di tangan Hong Kong, sekaligus menyebabkan penurunan mata secara mendadak.

Kali terakhir Malaysia melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada November tahun lalu di Piala AFF.


Kedudukan Malaysia juga di belakang negara-negara Asia Tenggara lain seperti Kemboja (170), Singapura (170), Indonesia (154), Myanmar (150), Thailand (132), Vietnam (125) dan Filipina (118).

Hanya Laos (184) dan Brunei (190) berada di ranking bawah Harimau Malaya.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada 1993. – MYNEWSHUB.CC

Kategori