Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Maritim Malaysia Lupus 446...

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah melupuskan 446 bot nelayan...

Raja Muda Perlis Nasihat...

IRBID,(Jordan) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pelajar...

Viral, Pramugara China Mirip...

PEMINAT K-Pop mulai 'histeria' selepas tersebar foto menunjukkan seorang pramugara China yang memiliki wajah...

Kes Volkswagen Palsu: 98...

SINGAPURA – Bulan lalu, rakyat Malaysia gempar apabila media sosial melaporkan penemuan dua...

Risiko Obesiti Murid Sekolah Rendah Membimbangkan

PUTRAJAYA – Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan hari ini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko obesiti dalam kalangan murid tahun enam apabila seramai 58,294 daripada mereka merekodkan Indeks Jisim Badan (BMI) berlebihan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin semasa membentangkan laporan PPSR yang pertama di sini hari ini berkata seramai 56,584 murid pula dikategorikan sebagai berisiko berat badan berlebihan.

Katanya isu itu perlu ditangani secara serius memandangkan angka itu adalah petunjuk yang boleh digunakan untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera pada masa akan datang.

“Obesiti bukan masalah sekolah, tetapi masalah masyarakat, sebab itu kita harus tangani secara bersama,” katanya pada sidang media PPSR 2017 di sini.


Beliau berkata ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (Segak) yang dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos lepas pula menunjukkan 27,031 murid berada pada tahap kurang cergas dan 3,644 murid lagi berada pada tahap tidak cergas.

PPSR dilaksanakan merangkumi empat komponen bagi menilai kemenjadian murid iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum; serta pentaksiran psikometrik. – BERNAMA

Kategori