Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perlis Bukan Negeri Wahabi...

PADANG BESAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah...

Maria Hancurkan Kebahagiaan Keluarga...

SELEPAS pernikahan pelakon jelita Maria Farida dengan seorang 'Dato'' November lalu mencetuskan kontroversi...

Vida Rugi RM100K Barang...

IPOH - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila...

Pengusaha Nikmati Faedah Selepas...

HULU TERENGGANU - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata langkah menyenaraikan kelapa sebagai...

Risiko Tanah Runtuh Di Jalan Sumpitan-Ijok

GERIK – Orang ramai yang menggunakan jalan raya Sumpitan-Ijok diminta berhati-hati ketika melalui jalan itu terutama pada musim hujan bagi mengelak insiden tidak diingini.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pihaknya mendapati beberapa kawasan di jalan itu mengalami tanah runtuh ekoran kejadian hujan lebat dan banjir di Sumpitan pada 5 November lepas.

Katanya Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang papan tanda amaran di kawasan tanah runtuh sebagai peringatan kepada pengguna yang menggunakan jalan itu untuk ke daerah Larut, Matang dan Selama ke Gerik serta sebaliknya.

“Jalan ini amat penting kepada penduduk kerana ia merupakan jalan pintas untuk ke Hulu Perak dan Batu Kurau, Selama serta Taiping,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan tanah runtuh di Jalan Sumpitan-Ijok dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 Nov lepas tanah runtuh mengakibatkan jalan Sumpitan-Ijok ditutup kepada pengguna selama tiga hari.

Zainol Fadzi berkata pihaknya telah mengarahkan JKR dan syarikat konsesi untuk membersihkan dan membaiki saliran perparitan yang rosak akibat tanah runtuh.

“Pembersihan itu bagi melancarkan laluan air kerana struktur jalan masih dalam kawalan dan selamat,” katanya.


Terdahulu Zainol Fadzi meninjau runtuhan tiang jambatan Sungai Kenderung tengah hari semalam akibat hakisan susulan banjir minggu lepas.

Sehubungan itu, katanya sebuah jambatan bailey sepanjang 30.5 meter akan dibina di sungai berkenaan minggu ini dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.

Katanya pembinaan jambatan sementara itu penting untuk kegunaan penduduk memandangkan jambatan yang runtuh merupakan jalan utama penduduk di Ulu Kenderong dan Kampung Tanjung Kala.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di dua kampung berkenaan terputus hubungan dan terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk ke pekan Gerik. – BERNAMA

Kategori