Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Watak Super Mario Kini...

TOKYO - Bagi para peminat Nintendo mungkin sudah maklum bahawa Super Mario menyambut...

Lelaki Cedera Parah Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki...

Sekeluarga Dipukul & Diikat...

HANYA kerana enggan berpindah, lima sekeluarga telah diperlakukan dengan kejam di mana mereka...

Siasatan Isu Beras Subsidi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan ke atas kes...

Peruntukan RM100 Juta Pakaian Seragam Rela

MELAKA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan membelanjakan RM100 juta daripada peruntukan Bajet 2018 berjumlah RM250 juta yang diterima bagi pembelian pakaian seragam anggota dan pegawai jabatan itu di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perbelanjaan berkenaan merupakan sebahagian besar daripada keperluan memandangkan jumlah keanggotaan sukarelawan Rela adalah sebanyak 3.05 juta manakala anggota tetap seramai 1,100 orang.

“Kita akan menguruskan peruntukan ini segera dan mengagihkan kepada anggota Rela di seluruh negara kerana pakaian seragam ini adalah penting bagi agensi keselamatan terutama ketika menjalankan tugas.

Selain itu, Rela juga menerima peruntukan bagi perbelanjaan mengurus sebanyak RM112.87 juta manakala RM13.1 juta bagi perbelanjaan pembangunan untuk tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Rela Siri 02/2017 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 60 peserta berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Rela selama dua bulan sebelum menerima pelantikan bagi gred KP 19, 29 dan 41.

Turut hadir Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela Kamaruddin Mohd Rapig.

Sementara itu, Alwi berkata sebanyak RM7 juta turut diperuntukkan bagi menaik taraf Pusat Latihan di Tuaran Sabah pada tahun hadapan selaras dengan langkah kerajaan untuk melahirkan pegawai Rela yang terlatih serta siap sedia untuk pelbagai tugasan di lapangan.

Beliau berkata selain memastikan pegawai yang dilantik mendapat latihan yang ditetapkan, Rela juga memantau beberapa aspek lain termasuk rohani, moral dan sosial dalam kalangan anggota berkenaan agar imej jabatan berkenaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak tercalar.


“Bilangan mereka yang bermasalah dalam kalangan anggota dan sukarelawan adalah sangat kecil, namun kita akan sentiasa melakukan tapisan dan pemantauan kerana kita mahu mereka yang benar-benar komited, berdisiplin, berintegriti dan bebas daripada masalah sosial atau jenayah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata semua anggota dan sukarelawan Rela berada dalam keadaan bersedia untuk berhadapan bencana banjir yang diramal berlaku di Pantai Timur pada hujung tahun ini.

Katanya selain menggerakkan Pasukan Pengurusan Krisis yang berada di setiap daerah di kawasan terlibat, anggota Rela dan sukarelawan dari kawasan berhampiran turut akan membantu aspek keselamatan dan pemindahan mangsa banjir.

“Kita sentiasa memantau perkembangan cuaca menerusi laporan daripada Jabatan Meteorologi dan sekiranya diperlukan kita telah bersiap sedia,” katanya.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

Kategori