Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Selamat Daripada ‘Zon...

KOTA BHARU – Kemenangan ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium...

Remaja Tawar Tubuh Semata-mata...

Hari ini dapat dilihat budak-budak sekolah kadang-kadang menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih...

Pengarah Urusan Kumpulan BDB...

ALOR SETAR – Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Datuk Izham Yusoff,...

Gagal Kemuka Borong E,...

KUALA LUMPUR - Akibat gagal mengemukakan penyata majikan (borang E) kepada Lembaga Hasil...

RM14.9 Juta Ditemukan Dari Sindiket Pelacuran

PUTRAJAYA – Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sindiket pelacuran di Kota Kinabalu, Sabah sehingga kini membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM14.9 juta, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Penemuan wang sejumlah itu merupakan rampasan terbesar seumpamanya dalam sejarah JIM, katanya.

Beliau berkata jumlah tersebut ditemukan selepas jabatan itu menahan 17 individu di sebuah hotel dan pangsapuri di bandaraya itu sejak Jumaat lepas termasuk penahanan seorang suspek wanita yang dipercayai isteri kepada dalang sindiket terbabit, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Mustafar berkata penahanan wanita tempatan berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api, iaitu lokasi sebahagian daripada wang RM13.5 juta ditemukan Jumaat lepas itu membawa kepada penemuan sebanyak RM1.45 juta lagi.

“Wang dalam nilai note RM100 dan RM50 itu disimpan di dalam sebuah peti besi berkunci yang menggunakan kombinasi nombor tertentu sebagai langkah keselamatan kepada pemiliknya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata dengan penahanan tersebut, menjadikan seramai empat orang dalang telah ditahan sehingga kini sejak serbuan ‘Op Gegar’ yang membawa penemuan jutaan ringgit itu menggegar bandaraya berkenaan.


Mengulas lanjut, Mustafar berkata siasatan mendapati hotel yang diserbu Jumaat lepas itu telah beroperasi sejak 1999 dengan sindiket berkenaan menggunakan modus operandi perniagaan spa bagi melindungi kegiatan pelacuran.

Beliau berkata walaupun peniagaan spa bukan di bawah bidang kuasa JIM tetapi pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain perlu bertindak kerana bisnes tersebut menggunakan warga asing sebagai pekerja.

Selain bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa tempatan, kami juga berkongsi maklumat berkaitan penemuan wang tersebut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

Kategori