Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Ladang Warga Pakistan...

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja ladang warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas...

9,000 Hadiah Tun Mahathir...

CUBAAN beri imej buruk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diteruskan semalam apabila...

Tokoh Tahfiz Cerita Pengalaman...

KOTA BHARU - Hanya kerana melengahkan suruhan ibu, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca gagal...

Proses Pemilihan PKR Pahang...

KUANTAN : Proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 di Pahang bagi...

RM5j Jualan Produk Agrobazaar Online Tempoh 5 Tahun

JASIN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan kira-kira RM5 juta diperoleh daripada hasil jualan produk agro makanan dan pertanian secara online atau dalam talian menerusi www.agrobazaar.com.my dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Mansor Omar berkata sejak platform berkenaan diberi perhatian khusus agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu, jumlah hasil jualan produk agro makanan dan pertanian yang diperoleh berjumlah kira-kira RM1.9 juta dalam tempoh 2016 hingga semalam.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 3,811 peniaga yang berdaftar di bawah medium jualan dalam talian berkenaan dari seluruh negara dengan menawarkan 8,594 produk.

“Dalam tempoh berkenaan Agrobazaar berkenaan berjaya menarik kira-kira 18,000 pembeli dan kita yakin medium jualan ini mampu diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai peniaga dan pelbagai produk dijual.

“Matlamat FAMA adalah untuk menjadikan Agrobazaar online ini sebagai satu pasaraya yang besar yang mampu menjana ekonomi peniaga dengan lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Online dan Lawatan Kerja Program My Best Buy @ RTC Sungai Rambai di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman dan turut dihadiri Pengarah FAMA Melaka Mohd Nawi Othman.

Mansor berkata setiap produk agro makanan dan pertanian yang ingin dijual di laman sesawang tersebut perlu mematuhi berapa kriteria penting termasuk mempunyai permintaan pasaran, logo halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).


Beliau berkata peniaga juga perlu mempunyai inisiatif yang lebih kreatif dan aktif dalam usaha untuk memastikan produk yang dijual di Agrobazaar online dapat menarik pembeli sekaligus meningkatkan hasil jualan mereka.

“Apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan peniaga yang berdaftar untuk menjual produk atau makanan mereka di Agrobazaar online lebih mengharapkan FAMA untuk melakukan promosi untuk produk mereka.

“Sepatutnya usaha berkenaan perlu dilakukan bersama kerana mereka lebih tahu tentang kelebihan produk atau makanan yang dijual…mereka hanya perlu memaklumkan kepada kita supaya hebahan dapat dilakukan, bukan hanya setakat meletak produk,” katanya.

Sementara itu, katanya program ‘pick up point’ juga turut diwujudkan bagi memudahkan pengambilan produk yang dijual di Agrobazaar online di beberapa lokasi strategik seperti Pusat Transformasi Luar Bandar selepas pembayaran dilakukan secara dalam talian. – BERNAMA

Kategori