Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Amuk ‘Belasah’...

RAKAMAN video memaparkan aksi lelaki bertindak kasar terhadap seorang wanita dipercayai isterinya menjadi...

Polis Melaka Tumpaskan 21...

MELAKA - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka berjaya menumpaskan 21 sindiket jenayah melibatkan...

Kelantan Kerjasama Dengan Persekutuan...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan hari ini melahirkan persetujuan untuk bersama-sama kerajaan...

Polis Marin Rampas Rokok...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 12,000 karton...

RM6 Juta Dibelanja Untuk Dialog Pangkor Sejak 2014

IPOH – Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM6 juta bagi menganjurkan Dialog Pangkor (PD) sejak ia diadakan pada 2014, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata perbelanjaan penganjuran PD oleh kerajaan negeri melalui Institut Darul Ridzuan (IDR) itu perlu dilihat dalam konteks jangka panjang kerana ia memberi pulangan tidak ternilai kepada negeri dan rakyat.

“Penganjuran PD telah membantu merancakkan kegiatan ekonomi negeri Perak terutama berkaitan industri perhotelan dan pelancongan,” katanya ketika menjawab soalan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa penganjuran PD 2017 pada 9 hingga 12 Sept lepas, hampir kesemua hotel di bandar raya Ipoh yang bertaraf tiga bintang ke atas mempunyai kadar penginapan melebihi 90 peratus.
Katanya peniaga kecil serta restoran sedia berdekatan hotel penginapan semasa penganjuran PD di sini telah menerima manfaat daripada limpahan kedatangan peserta dan barisan penceramah dari dalam serta luar negara.

Katanya penganjuran tahun ini membawa impak ekonomi kepada pelbagai sektor masyarakat sebanyak RM9.5 juta dan jumlah itu tidak termasuk impak yang diperoleh melalui penganjuran Perak Festival of Ideas (PFOI) yang diadakan sempena PD 2017.

“Impak keseluruhan penganjuran PD dan PFOI pada 2017 adalah sebanyak RM31 juta,” katanya.


Selain itu, Zambry berkata penganjuran PD telah mempercepatkan proses pengantarabangsaan Perak termasuk menjadikan ia sebagai tempat bagi pakar serta tokoh terkemuka dunia berkumpul untuk membincangkan isu global.

“Kehadiran tokoh-tokoh terkemuka memberi impak berterusan bagi Perak. Contohnya Ipoh kini diiktiraf sebagai Bandar Perniagaan Sosial yang kelima di dunia.

“Kita juga telah menambah baik amalan-amalan pembangunan mapan dan tadbir urus cemerlang yang dipelajari melalui pelbagai perkongsian dan pembentangan pada Dialog Pangkor,” katanya. – BERNAMA

Kategori