Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiga Ahli Bersatu Bertanding...

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak tidak mempunyai pilihan lain selain melucutkan...

Suami Baru Yatt Hamzah...

YATT Hamzah mengakui suaminya kini jauh lebih matang dan tidak mudah melatah walaupun...

Rombongan Ke Kazakhstan Ditanggung...

TERPAMPANG di media-media arus perdana mahupun lidah pembangkang tentang perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri...

Kesusahan Dorong 2 Pemuda...

SERDANG - Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang...

Rogol: Lelaki Dipenjara 18 Tahun, 15 Sebatan Rotan

PUTRAJAYA – Seorang lelaki berumur 63 tahun hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan diperintahkan supaya dikenakan 15 sebatan rotan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak kerana merogol seorang gadis bawah umur.

A. Rahman Mohd Jidon, 63, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan merogol gadis berumur 15 tahun lapan bulan itu di sebuah apartmen di Petaling Jaya dalam bulan Ogos dan 28 Sept tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan rotan terhadap A.Rahman bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan supaya dia menjalani hukuman penjara serentak mulai hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Dalam rayuannya, A. Rahman memohon hukuman lebih ringan oleh kerana dia tidak bekerja dan sudah tua.


Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada A.Rahman dan masyarakat umum. – BERNAMA

Kategori