Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kematian 4 Sekeluarga Akibat...

KUALA LUMPUR - Kematian empat sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua...

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli,...

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada...

Terengganu, PDRM Turun Ke...

KUALA LUMPUR - Aksi terakhir saingan Liga Super musim ini menyaksikan Polis Diraja...

Kelantan Lulus Enakmen Anti...

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU)...

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Malaga, menjadikan kelab itu hampir mendekatkan kedudukan dengan Barcelona yang kini di puncak La Liga.

Persembahan yang ditonjolkan anak buah Zinedine Zidane itu dianggap begitu cemerlang berbanding Malaga yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang musim ini, sebelum perlawanan awal pagi Ahad itu.

Karim Benzema membawa Real mendominasi perlawanan pada babak pertama sehinggalah Diego Rolan menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu.

Casemiro mengukuhkan kembali kedudukan tuan rumah beberapa minit kemudian, namun Malaga bangkit dengan jaringan Chory Castor yang berjaya melepasi gawang Kiko Casilla.

Ronaldo mengambil tugas sepakan penalti dan pada cubaan kedua berjaya menamatkan kemarau jaringan di La Liga sekaligus memberikan tiga mata kritikal buat Real.


Kini, kelab itu hanya mampu berharap agar pungutan mata Barcelona jatuh ketika menentang Valencia. – Eurosport/mStar Online

Kategori