Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rogol Bekas Rakan Sekolah,...

PUTRAJAYA - Seorang pemuda berusia 23 tahun dijatuhi ukuman penjara lapan tahun dan...

SPRM Tahan 2 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai...

Insiden Plaza Low Yat...

ALOR SETAR -- Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini, tidak...

Slot Khas Di Web...

SETELAH sekian lama dilihat sebagai tabu untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat secara terbuka, satu...

ROS Diminta Siasat Pemilihan Semula CEC DAP

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, kata Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh.

Beliau berkata antara perkara yang gagal dipatuhi adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia.

“Biar pun telah meninggal dunia, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh masih mendapat sebanyak 43 undi. Tiga calon lain yang telah keluar parti dan masih mendapat undi ialah John Fernandez (lapan undi), Zulkifli Mohd. Noor (43 undi) dan Roseli Abdul Ghani (lapan undi).

“Kita hairan kenapa syarikat audit, Grant Thornton yang dilantik DAP untuk menyelia pemilihan semula CEC itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati banyak pihak,” katanya kepada media selepas menyerahkan aduan rasmi kepada wakil ROS, Rahida Mohamed di sini hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

Kategori