Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Exco Baharu Selangor...

KLANG - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pada Jumaat mengangkat...

Penyepit Makanan Tercucuk Di...

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam...

Yangon Tutup Kem Pelarian,...

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar mula menutup tiga kem pelarian di Rakhine yang...

Pesawat Charlie C-130, Nuri...

KUALA LUMPUR - Pesawat Charlie C-130 dan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja...

Rosyam Nor Bakal Lakonkan Watak Misbun Sidek

LAKONANNYA sebagai watak gengster dalam filem Castello dan KL Gangster2 benar-benar terkesan di dalam hati para peminat filem tanah air.

Kini, Datuk Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin bakal memberikan kelainan di dalam kemunculannya yang akan datang.

Rosyam dikatakan bakal menghidupkan watak legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek di dalam sebuah filem berjudul ‘Lee Chong Wei’.

Karya itu merupakan satu-satunya filem yang bakal mengangkat kisah hidup sebenar juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei.

“Peluang untuk bawa watak Misbun merupakan satu tawaran yang tidak patut saya tolak. Saya terharu apabila pihak produksi menawarkan saya untuk menghidupkan karakter ini,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, Rosyam turut berasa risau kerana wataknya itu merupakan watak seseorang yang masih lagi hidup.

Dia juga menjadikan Misbun sebagai idolanya dalam bidang sukan badminton.

Walaupun pelakon dan penerbit yang kini berusia 50 tahun itu tidak berkesempatan bertemu empat mata dengan Misbun sendiri, namun dia tetap berusaha untuk kaji sendiri sejarah hidup Misbun daripada sumber Internet.


“Saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Misbun kerana kekangan masa. Akhirnya, saya melakukan kajian mengenai perwatakan Misbun menerusi internet.

“Perkara tersebut tidak begitu sukar kerana saya sendiri membesar melihat Misbun mengharumkan nama negara kita dalam sukan badminton,” katanya lagi.

Filem ‘Lee Chong Wei’ bakal menemui para penonton sekitar tahun hadapan dan merupakan terbitan CB Pictures.

Tambahan pula, filem itu juga bakal ditayangkan di peringkat antarabangsa! Mana tidaknya, pasti ramai yang ingin tahu mengenai perjalanan hidup pemain badminton dunia itu.

Kali ini, kita akan nampak kelainan di dalam watak yang bakal dibawa oleh Rosyam yang merupakan bapa kepada lima orang anak ini.

Selalunya dia bawa watak gangster aje kan. Okay kali ni lain sikit, jadi coach badminton pula ya. –MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori