MIRI – Sebuah rumah panjang 11 pintu di Kampung Long Palai, Baram yang hanya dapat dihubungi melalui jalan balak musnah dalam kejadian kebakaran awal hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu.
“Lokasi kebakaran ialah tujuh jam perjalanan darat dari bandar raya Miri menggunakan jalan balak,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, penduduk kampung tidak dapat membuat panggilan semasa kejadian itu berikuitan tiada talian komunikasi di kawasan tersebut.
Law berkata, setakat ini Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang terdekat dengan lokasi kebakaran sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian. – BERNAMA