Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRN: BN Perlu Tampilkan...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang mesti membawa kemenangan kepada...

Harga Runcit Minyak Mingguan:...

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan...

Pusat Pemindahan Banjir Dibuka...

MELAKA - Hujan lebat pada malam tadi menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka...

Kilang Sorok Minyak Masak...

Seremban : Sebuah kilang memproses makanan di Sikamat, di sini, dikesan mengambil kesempatan...

Sabah Sentiasa Hargai Bakat Rakyat Tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri sentiasa menghargai bakat rakyat di negeri ini dan akan terus menyokong bidang yang diceburi jika ia memberi manfaat kepada kehidupan mereka dan pembangunan negeri.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata ramai rakyat di Sabah yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti bidang seni dan sukan.

“Kita juga nampak sendiri apabila ada sesuatu pertandingan, bakat orang Sabah ini lebih terserlah, malah ada juga yang menjadi juara,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Piala Tan Sri Musa Aman di sini malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) turut bangga dengan perkembangan perlawanan bola sepak dalam merebut piala itu sejak 2013.

Beliau berkata pertandingan seumpama itu boleh mencungkil bakat rakyat daripada peringkat daerah dengan harapan persatuan bola sepak berprestij akan menawarkan peluang bermain dalam pasukan mereka.

“Kita tahu sukan boleh menjadi profesion yang berupaya menjana pendapatan lumayan berdasarkan kemahiran masing-masing.


“Saya percaya jika anda tekun, komited, bersungguh-sungguh, rajin dan berdisiplin, anda boleh menjadi pemain bola sepak yang baik,” kata Musa.

Mengenai prestasi pasukan Sabah dalam Liga Perdana musim ini, beliau berpuas hati dengan kedudukan terakhir pasukan badak itu di tempat ketujuh berbanding tempat kesembilan musim lalu.

Beliau berharap pasukan negeri itu dapat meneruskan disiplin dan kerja berpasukan pada musim depan bagi melayakkan mereka ke Liga Super pada musim seterusnya.

Pada majlis itu, Musa menyampaikan piala pusingan, pingat dan cek bernilai RM25,000 kepada juara Piala Tan Sri Musa Aman iaitu Kota Kinabalu dan pingat serta cek RM12,500 kepada naib juara Beaufort.

Kota Kinabalu mengalahkan Beaufort 2-0 pada perlawanan akhir piala itu semalam. – BERNAMA

Kategori