Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Manfaat Data Internet Percuma...

KUALA LUMPUR - Pelajar, guru dan ibu bapa perlu memanfaatkan sepenuhnya data percuma...

Program JBD Bukti Kerajaan...

PEKAN - Pelancaran Progam Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Bandar Dara,...

Kes Adib: KPKT Serah...

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak...

PAN Alu-Alukan ‘Parti Mahathir’...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mengalu-alukan penubuhan Parti Pribumi Bersatu...

‘Samseng KLCC’ Dah Kena Tahan Polis

INDIVIDU yang menumbuk seorang pemuda gara-gara berebut mendapatkan kasut edisi khas keluaran Adidas di sebuah pusat belah di ibu negara pada Sabtu telah diberkas polis semalam.

Menurut laporan sebuah portal berita akhbar arus perdana, suspek yang berusia 29 tahun itu berjaya ditahan di rumahnya di Batu Caves, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, lelaki itu dikenal pasti melalui telefon bimbit rakannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan.

“Suspek mengaku menumbuk pemuda tersebut kerana perebutan giliran barisan untuk mendapatkan kasut berkenaan.

Selain itu, suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bersabit laporan KLIA Sepang/10163/15,” katanya.

Kaitan: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu, suspek menumbuk seorang lelaki yang menegur tindakan suspek dan kumpulannya cuba memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC.


Berang ditegur, suspek terus bertindak menumbuk muka mangsa yang berusia 22 tahun itu sehinggakan tulang hidung mangsa dilaporkan patah selain lebam mata kiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori