Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Landa Beberapa...

GEORGE TOWN - Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung...

Budak Perempuan Dipenuhi Bulu...

SEORANG budak perempuan di China yang dipenuhi bulu sejak kecil mendapat perhatian masyarakat...

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi...

Shah Alam : Empat aktiviti penyelewengan barang kawalan subsidi bahan api diesel dengan...

Yasmin Hani Sah Hamil...

SELAIN Stacy, pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani juga dikhabarkan sedang hamil anak...

Sarawak Pikat Komuniti Global Ekonomi Digital

KUCHING – Ekonomi digital akan menjadi platform kukuh dan pemangkin bagi Sarawak untuk menjangkau komuniti perniagaan global serta menjalin kerjasama antarabangsa, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau mengulangi kerajaan negeri akan melakukan segala yang mungkin untuk mengubah Sarawak menjadi kuasa ekonomi digital.

Sehubungan itu, beliau berharap Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE) 2017 yang berlangsung di sini dari 21 Nov hingga 23 Nov ini boleh membincangkan cara dan kaedah, mengenal pasti peluang dan penyelesaian serta menjalin kerjasama untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

Abang Johari berkata beliau gembira WIEF telah memilih tema ‘Perubahan Inovatif: Impak dan Cabaran’ untuk forum itu di Sarawak.

“Tema ini sangat tepat pada masanya dan sejajar dengan aspirasi kami untuk mengubah ekonomi bagi memanfaatkan teknologi digital,” katanya dalam ucapan khas beliau pada majlis pembukaan WIEF oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abang Johari berkata sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau secara peribadi telah mendorong usaha untuk melonjakkan pembangunan negeri melalui ekonomi digital.

“Saya percaya Ekonomi Digital akan menjana peluang pekerjaan baharu untuk usahawan dengan mewujudkan lebih kecekapan dalam cara kita menjalankan perniagaan.

“Peningkatan dalam ekonomi kita akan mempercepatkan pertumbuhan, meningkatkan kekayaan dan menjadikan Sarawak negeri yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Abang Johari berkata perubahan yang menimbulkan gangguan dari segi kemajuan teknologi telah mengubah kehidupan manusia, mewujudkan peluang baharu dan mengubah industri konvensional.


Beliau berkata Sarawak tidak terlepas daripada perubahan ini dan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi kesan dan cabaran.

“Dari sudut positif, peluang yang dibawa oleh perubahan yang menimbulkan gangguan ini telah mewujudkan keadaan yang seimbang dan adil dalam sektor teknologi dan ekonomi.

“Kemunculan teknologi gangguan baharu juga memecahkan dominasi produk dan perniagaan sedia ada sambil menyediakan ruang untuk produk baharu berjaya,” katanya.

Abang Johari percaya bahawa ekonomi Sarawak perlu dipelbagaikan lagi serta ditransformasi bagi mencapai visinya.

Beliau berkata Sarawak yang terletak secara strategik di antara rantau timur dan barat dunia serta menjadi sebahagian daripada negara membangun yang pesat, telah meletakkan dirinya sebagai satu daripada destinasi pelaburan paling menarik di rantau ASEAN.

“Walaupun bahagian lain di dunia menghadapi ketegangan geopolitik dan krisis kemanusiaan, negara kita dan Sarawak dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian,” katanya dan menambah kestabilan telah menjadi perkara penting dalam pembangunan negara sejak bertahun-tahun lamanya.

Kategori