Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Trend’ Pinggang Sebesar Kertas...

GADIS-GADIS di China ketika ini, dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi...

Rekod Tertinggi 2,598 Kes...

KUALA LUMPUR - Enam hari memasuki tahun 2021, kes jangkitan baharu Covid-19 merekodkan...

Sazali Fail Rayuan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung...

TLDM Komited Bantu SAR...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu operasi pasukan mencari dan...

Lemas: “Saya Nampak Selipar Anak…” Luah Bapa

BANDAR SERI JEMPOL – “Selepas solat Asar, anak saya minta izin memancing. Saya benarkan sebab kolam dekat dengan rumah.”

Begitulah luaan Md Nasir Jamaluddin, 55, dari Kampung Padang Lalang, Bahau, yang masih tergamam dengan hakikat kehilangan dua anaknya, Ainul Batrisyah, 10, dan Muhammad Solehudin, 6.

Mangsa lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan air ketika memancing, petang semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, anaknya kerap memancing di kolam terletak kira-kira 30 meter dari rumah mereka yang airnya hanya pada paras lutut sebelum hujan lebat.

Beliau bersama isteri, Suhaini Nasuha, 37, hanya memerhatikan dua beradik itu dari rumah.

“Lepas tak nampak kelibat anak sejam kemudian, saya terus ke kolam.

“Bila saya nampak selipar mereka di tebing kolam, saya terus terjun… tak fikir apa-apa dah.


“Masa nak menyelam, kaki saya tersentuh sesuatu di dasar kolam tapi saya terpaksa naik kerana hampir lemas.

“Saya menjerit memanggil isteri dan menyuruhnya menelefon bomba,” katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, hari ini.

Walaupun masih dirundung kesedihan, Md Nasir reda dengan pemergian dua beradik yang tidak banyak kerenah itu dan setiap malam tidur bersamanya.

Anak sulungnya, Mohamad Nazseefudin, 13, kini belajar di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau. – BH ONLINE

Kategori