Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Turki Umum Tamatkan Operasi...

ANKARA - Perdana Menteri Turki Binali Yildirim mengumumkan pada Rabu, operasi Euphrates Shield...

Singapura Warta 4 Asrama...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai...

Polis Selangor Bongkar Makmal...

SHAH ALAM - Polis Selangor merampas dadah jenis syabu dan bahan mentahnya bernilai...

Bajet Hambar, Tiada Banyak...

BOSAN... Tidak ada sebarang strategi untuk rancak pertumbuhan ekonomi negara disebut dalam Bajet...

“Saya Tidak Rampas Rezeki Pelakon Lain” – Alvin Chong

NAMA Alvin Chong semakin dikenali apabila sering membawakan watak lelaki Melayu dalam beberapa drama sehinggakan berjaya menerajui drama bersiri Awak Suka Saya Tak.

Namun, dalam kerjayanya semakin meningkat naik, timbul pula desas desus yang mengatakan pelakon dan penyanyi ini seakan merampas peluang dan rezeki orang lain.

Mana tidaknya, Alvin dipilih memegang watak utama dalam naskhah tersebut sedangkan pendapat netizen menyatakan ada lagi pelakon Melayu yang boleh menjadi hero drama itu.

Tetapi, pelakon ini tidak mudah melatah, sebaliknya menyatakan dia berusaha keras sama seperti mereka untuk menceburi pasaran hiburan Melayu.

“Saya tidak rampas rezeki orang lain. Saya masuk pasaran hiburan Melayu sebab saya orang Malaysia.

“Mereka tidak boleh cakap seperti itu kerana saya juga seperti mereka yang berusaha keras mencari peluang berlakon,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini mengakui dia pelat berbahasa Melayu. Namun, itu bukan penghalang buat dirinya untuk menceburi pasaran hiburan Melayu.

Tambah pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini lagi, dia sentiasa berusaha memperbaiki sebutan dan belajar bahasa kebangsaan itu.


“Ketika berlakon dalam Suri Hati Mr. Pilot, saya masih pelat tetapi saya terus belajar untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Saya orang Malaysia. Saya ingin buktikan, sebagai warganegara Malaysia, saya boleh tonjolkan bakat sama ada dalam pasaran hiburan Cina mahupun Melayu,” ujarnya.

Menurutnya, ada sahaja pihak yang mempersoalkan tindakannya yang menceburi pasaran Melayu dan mereka berpendapat Alvin sepatutnya mengembangkan bakatnya di luar negara seperti di Hong Kong, China dan Taiwan.

“Ramai tanya kenapa masuk industi hiburan Melayu, kenapa bukan ke luar negara? Tapi, bagi saya, kalau dalam industri seni Malaysia pun saya tidak boleh survive, macam mana mahu bertahan di luar negara?

“Saya tidak menolak peluang untuk ke sana tetapi biarlah saya ada tapak kukuh di sini. Sekurang-kurangnya apabila cubaan saya menembusi pasaran di luar negara tidak membuahkan hasil saya sudah ada ‘rumah’ di sini,” katanya.

Alvin menjadi perhatian netizen apabila muncul dalam drama Suri Hati Mr Pilot sebelum bergandingan dengan Emma Maembong dalam naskhah Awak Suka Saya Tak. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori