Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sirul Bakal Muncul Dalam...

Bekas korperal yang juga salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya...

Isu Penstrukturan Lewatkan Loji...

KUALA LUMPUR - Isu penstrukturan air serta pertukaran kerajaan negeri di Selangor menyebabkan...

Pengantin China Dipaksa Lakukan...

IA memerlukan keberanian untuk melangkah ke alam perkahwinan - terutama sekali jika anda...

139 Kes Penolakan Vaksin...

ALOR SETAR: Bilangan penolakan vaksin di Kedah direkodkan sebanyak 139 kes pada 2018,...

Hutan Simpan Kenaboi Diwarta Hutan Taman Negeri

JELEBU – Sebahagian kawasan hutan Simpan Kenaboi yang seluas 9,450 hektar akan diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri mengikut Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 mulai tahun depan.

Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan Salim Aman berkata langkah itu bertujuan memastikan khazanah alam semula jadi untuk tujuan penyelidikan dapat terus dipulihara selain menjadikannya kawasan ekopelancongan.

“Hutan ini mempunyai banyak khazanah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, adalah penting untuk kita mewartakan sebahagian daripadanya sebagai Hutan Taman Negeri bagi memastikan alam semula jadi ini dapat dijaga dan dipulihara.

“Bagaimanapun, kesemua hutan simpan lain di Negeri Sembilan akan terus dijadikan kawasan ekopelancongan dan tadahan air. Selain itu,kita mahu aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak melibatkan penerokaan kawasan hutan secara meluas demi kelangsungan generasi akan datang,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Lembah Jemaloi, Hutan Simpan Kenaboi di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Roslan Ariffin.

Terdahulu, dalam ucapannya Roslan berkata menjadikan sesebuah hutan sebagai kawasan ekopelancongan adalah langkah terbaik ke arah memastikan masyarakat dapat menikmati pembangunan yang lestari tanpa mengorbankan alam semula jadi.


“Ekopelancongan diberikan keutamaan agar hutan akan terus dapat dijaga dan dijadikan tempat kepada para penyelidik untuk mengkaji herba-herba untuk dijadikan ubat-ubatan bagi menggantikan ubat yang sedia ada di pasaran yang sesetengahnya mengandungi bahan kimia.

“Kita tidak mahu lagi menggunakan ubat daripada bahan kimia tetapi daripada herba yang terdapat dalam flora dan fauna di negara kita.
Sebagai contoh, baru-baru ini, pengkaji menemukan enzim cecair di dalam tumbuhan periuk kera yang boleh membantu menyembuhkan penyakit kanser,”katanya.

Ekspedisi enam hari sejak 29 Okt lepas itu melibatkan 100 peserta daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Negeri Sembilan, penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia serta Institut Penyelidikan Hutan Malaysia.

Ekspedisi berkenaan bertujuan mengumpulkan, mendokumentasi dan menjalankan kajian saintifik ke atas kepelbagaian biologi dan ekosistem yang ada di Hutan Simpan Kenaboi. – BERNAMA

Kategori