Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Israel Didedah Latih Pengganas...

SEBUAH akhbar Lubnan baru-baru ini mendedahkan dengan lebih terperinci peranan Israel melatih kumpulan...

VIDEO : KJ Lancarkan...

TUMPAT - Deruman enjin motosikal bergema sekitar Pengkalan Kubor di Tumpat apabila Jentera...

PM Najib Lawat Pembangunan...

KOTA TINGGI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa sejam...

Anugerah Persamaan Gender Jadi...

DUBAI - Anugerah persamaan gender yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dianggap...

Sektor Pembuatan Sarawak Akan Tumbuh 4.8%

KUCHING – Sektor pembuatan di Sarawak telah bertambah baik pada 2017 dan dijangka berkembang sebanyak 4.8 peratus, dipacu oleh peningkatan dalam pengeluaran industri berorientasikan gas asli cecair (LNG) dan produk-produk petroleum, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, berkata sektor itu akan terus berkembang pada 2018 sejajar dengan pemulihan ekonomi global.

Pada September lepas, Sarawak telah meluluskan pelaburan berjumlah RM7.8 bilion, termasuk cadangan projek keluli bernilai US$3 bilion (US$1 = RM4.18) dan cadangan projek metanol di Bintulu yang bernilai US$2 bilion.

“Projek tersebut dijangka akan mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada sesi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pelaburan yang diluluskan merangkumi petroleum dan produk berkaitan (RM6.4 bilion), produk galian bukan logam (RM684 juta), produk elektrik dan elektronik (E&E) (RM300 juta), manakala Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Negeri telah meluluskan pelaburan bernilai RM190 juta, terutamanya dalam gudang dan logistik, pembuatan makanan, produk galian bukan logam, produk logam asas, produk kayu-kayan dan berasaskan kayu.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, inisiatif Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak terus menarik minat pelabur asing, khususnya kepada Taman Perindustrian Samalaju (SIP), di mana ia menempatkan industri-industri berintensifkan tenaga bagi mengeluarkan bahan-bahan yang digunakan dalam banyak operasi perkilangan global.

Katanya, syarikat-syarikat yang beroperasi di SIP telah menghasilkan eksport sebanyak RM4.7 bilion dalam 2016 dan RM8.7 bilion sehingga Oktober tahun ini.

“Mereka mengupah kira-kira 6,300 pekerja, di mana 70 peratus adalah penduduk tempatan dan mewujudkan produk ekonomi sampingan yang dianggarkan bernilai RM500 juta sebulan,” katanya.


Katanya lagi, kewujudan pencetus industri di Samalaju telah mendorong kepada pembangunan kluster industri.

“Disebabkan alasan-alasan ini, kami mahu industri hiliran dan tambahan nilai menggunakan bahan-bahan mentah dari industri pencetus sedia ada, terutamanya bagi membangunkan kelompok perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kami,” katanya, sambil menambah bahawa ini akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan serta pekerjaan kepada PKS tempatan, graduan dan lepasan sekolah.

Katanya, seluas 100 hektar tanah di SIP telah diluluskan sebagai Kluster PKS untuk memudahkan lebih banyak aktiviti hiliran dengan tambahan nilai dan perkhidmatan sokongan, ia bagaimanapun masih di peringkat perancangan.

Awang Tengah ketika bercakap mengenai Sama Jaya High Tech Park di Kuching, berkata, ia berjaya mewujudkan kluster E&E di negeri ini dan membawa limpahan ekonomi kepada industri tempatan dengan eksport sebanyak RM2.7 bilion.

Katanya, taman berteknologi tinggi itu mempunyai seramai 10,400 pekerja di kalangan lepasan sekolah dan graduan, ia membayar gaji terkumpul sebanyak RM320 juta dan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti perniagaan tempatan.

Kerajaan negeri telah pun meluluskan pelaburan bernilai RM1.2 bilion dari Korea Selatan, sambil menambah bahawa kementeriannya akan terus menjalankan promosi yang lebih agresif dan terlibat secara langsung dengan para pelabur untuk mempromosikan Sarawak sebagai satu destinasi pelaburan terbaik. – BERNAMA

Kategori