SEORANG wanita nekad melarikan diri sekaligus menjauhi suaminya yang berperangai ‘pelik’ tidak boleh berenggang dari ranjang.
Constance Muungani merasakan melarikan diri jalan terbaik antara dia dan suaminya, Fani Mumba.
Wanita yang berasal dari Zimbabwe itu menjelaskan keputusan yang diambilnya berikutan terpaksa melayan nafsu luar biasa suaminya.
“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” luah Muungani.
Menurut Muungani, dia turut meminta pihak mahkamah untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keputusan itu diambil berikutan wanita yang berusia 26 tahun ini tidak tahan lagi hidup begitu.
Tambahnya, lelaki 31 tahun itu merupakan seorang penganggur, manakala dia pula bekerja.
“Saya terlalu kerap berasmara dengannya. Enam jam setiap hari! Itu sangat melampau sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya khuatir akan mati dalam asmara.
“Saya mempunyai kerja, sedangkan suami saya menganggur. Yang dia tahu asyik minta ‘itu’ saja! Saya tidak akan kembali kepadanya. Saya juga mahu hak penjagaan anak kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fani enggan berpisah dengan isterinya dengan alasan masih cinta dan sayangkan Muungani.
Menurut Fani, dia tidak menyangka perbuatannya itu mendatangkan masalah kepada perkahwinan yang dibina sekaligus membawa kepada pertelingkahan mengenai hak penjagaan anak mereka.
“Saya cintakan dia. Saya minta dia berikan saya peluang untuk mengatasi masalah ‘ketegangan’ ini.
“Selama ini saya sangka telah memberinya kepuasan batin. Saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Hakim, Chireya menyatakan mereka seharusnya berdamai sahaja selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan.